Kerusi Puncak Borneo milik kami, pemimpin PBB beritahu Bersatu

Kerusi Puncak Borneo milik kami, pemimpin PBB beritahu Bersatu

Kerusi Puncak Borneo adalah milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ahlinya mempunyai kemampuan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presidennya, Roland Sagah.

Sagah mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin yang bersedia mempertahankan kerusi itu untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan berharap gabungan itu akan memberi peluang kepadanya untuk mempertahankan kerusi terbabit.



Ketika memberitahu New Sarawak Tribune, Sagah berkata, ada lebih daripada cukup ahli PBB yang berdedikasi dan berpendidikan tinggi dari Serumbu, Mambong dan Tarat, yang berada di bawah kerusi Parlimen itu, yang boleh mewakili PBB dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tarat itu sebaliknya berharap Willie akan memberikan sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang dipilih untuk bertanding di kerusi Puncak Borneo demi kesejahteraan komuniti Bidayuh di kawasan itu.

“Kita juga patut berpegang kepada prinsip tidak membenarkan parti dari luar Sarawak mewakili kita. Untuk itu, bukan di luar GPS.

“Pengundi Puncak Borneo perlu keluar beramai-ramai demi memastikan kemenangan PBB,” kata Sagah.



Willie yang juga timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi, meninggalkan PKR bersama Azmin Ali susulan “Langkah Sheraton” pada 2020.

Beliau kemudiannya menyertai Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin, yang menjadi perdana menteri ketika itu dan dilantik sebagai timbalan menteri. FMT

Kerusi Puncak Borneo milik kami, pemimpin PBB beritahu Bersatu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker