PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Melayu vs Calon Cina, yang mana pilihan pengundi?

Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional bagi PRK Kuala Kubu Bharu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon yang diadakan di Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Bharu awal malam ini.

Muhyiddin berkata keputusan untuk memilih Khairul yang merupakan anak Felda Sungai Tengi dibuat pada mesyuarat majlis tertinggi PN beberapa hari lepas.



Khairul yang merupakan anak Felda akan berdepan Pang Sock Tao dari PH, yang merupakan pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Selain PN dan PH, Muda dan PSM juga menyatakan minat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu tetapi masih belum membuat keputusan sama ada akan meletakkan calon atau sebaliknya.

Khairul Azhari mengambil alih kepimpinan Bersatu bahagian Kuala Kubu Bharu selepas ketuanya Md Anuar Mohd Nor keluar parti ketika pilihan raya negeri Selangor tahun lepas.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi bahawa Gerakan akan menampilkan calonnya mewakili PN.



Ini selepas Presiden Gerakan Dominic Lau minggu lalu berkata parti itu akan bertanding dalam PRK berkenaan.

Gerakan dikatakan berhasrat meletakkan Muniraa Abu Bakar, yang tewas dalam pertandingan di kerusi DUN Bukit Lanjan kepada calon PH pada pilihan raya negeri tahun lepas.

Manakala bagi pihak Kerajaan Perpaduan mereka menampilkan seorang calon Cina dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.



Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor

Kuala Kubu Bharu merupakan kawasan pilihan raya campuran, dengan 46 peratus terdiri daripada pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina, 18 peratus pengundi India, dan enam peratus lain-lain kaum.

PRK yang dijadualkan pada 11 Mei ini diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong (PH/DAP), yang menyandang kerusi itu sejak 2013.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan



Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker