Pas Tidak Akan Jalinkan Kerjasama dengan PH – Takiyuddin

Pas Tidak Akan Jalinkan Kerjasama dengan PH – Takiyuddin

Pas konsisten dengan pendirian mendukung dan memperkuatkan kerajaan yang diterajui bersama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan STAR.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan, partinya tidak akan jalin sebarang kerjasama politik dengan parti pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) menerusi pendekatan ‘Khemah Besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pas amat yakin pendekatan penyatuan ummah yang boleh dicapai melalui kolaborasi parti utama di negara ini berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan Bumiputera adalah formula paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

“Pas juga melalui pendekatan Politik Matang dan Sejahtera sentiasa komited serta sedia berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU15,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dalam satu kenyataan menjelaskan pendekatan ‘Khemah Besar’ yang dianjur parti pimpinannya tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan iaitu UMNO, Bersatu atau Pas.

Pas Tidak Akan Jalinkan Kerjasama dengan PH – Takiyuddin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker