Baca dan hayati al-Quran – Ismail

Baca dan hayati al-Quran – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak umat Islam membaca dan menghayati al-Quran agar tergolong dalam kalangan insan yang bertakwa.

Beliau menerusi catatan di Facebook pada Isnin berkata, Ramadan antara masa terbaik untuk umat Islam menghayati kandungan kitab suci itu dalam menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH SWT.

“Pada 17 Ramadan, ayat pertama al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’.

“Alhamdulillah, Fasa Peralihan Ke Endemik kini juga membolehkan kita bersama-sama bertadarus di masjid,” katanya.

Catatan Facebook itu turut memuatkan poster Salam Nuzul Al-Quran daripada Perdana Menteri.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda. Sinar

Baca dan hayati al-Quran – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker