Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet
Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet
Anak presiden Umno, Nurulhidayah Ahmad Zahid menafikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa terlibat kes pengabaian dan penganiayaan remaja sindrom down merupakan anak angkat keluarganya.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Nurulhidayah memaklumkan segala dakwaan mengaitkan keluarganya termasuk dikatakan mengupah 10 peguam bela untuk Siti Bainun adalah fitnah semata-mata.
“Kalau semua orang bergambar dengan abah saya dan family (keluarga) saya, maka mereka akan ada kena-mengena ke?
“Anak angkat celah mana itu, tanyalah mereka. Sia-sia je mereka ini semua berpuasa,” balasnya menerusi salah satu komen di Instagram berkenaan gambar Siti Bainun bersama keluarganya.
Nurulhidayah berkata, beliau dan keluarga menentang sekeras-kerasnya kes melibatkan penderaan ke atas remaja sindrom down dikenali sebagai Bella.
Katanya, dia sendiri telah menghubungi saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin, yang digelar Bella sebagai “mummy” bagi mengikuti kes penderaan yang sedang dibicarakan itu.
“Cukup saya beritahu yang saya dan seluruh ahli keluarga menentang keras kes yang melibatkan penderaan ke atas Bella. Asal usul cerita yang mengaitkan kami dengan SB (Siti Bainun) pun saya tak pasti dari mana.
“Saya sendiri berhubung dengan ‘mummy’ sejak tahun lalu berhubung kes ini dan juga ke mahkamah mendengar kes Bella. Buat apa nak ‘gebang’ semata-mata nak meraih ‘likes’?,” katanya.
Kisah bella, 13, yang didakwa dianiaya dan diabaikan Siti Bainun mendapat perhatian seluruh rakyat dan prosiding mahkamah berkaitan kes berkenaan masih berjalan.
Siti Bainun didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. FMT
Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji
Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
You must be logged in to post a comment.