Muhyiddin minta Ismail Sabri beri penjelasan mengenai MoU

Muhyiddin minta Ismail Sabri beri penjelasan mengenai MoU

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi penjelasan kepada pimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung pendirian enggan melanjutkan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Pusat dan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana keputusan yang dipersetujui ketika pimpinan berkenaan mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri baru-baru ini bertentangan dengan pendirian terkini yang diumum pada hari ini.

“Dalam pertemuan kami dengan pimpinan PN bersama Perdana Menteri minggu lepas ada bincang sama ada mahu terus atau tidak pada waktu itu. Perdana Menteri bagi tahu kami belum ada apa-apa rundingan sama ada lanjut atau tidak lanjut, jadi saya bersetuju pendirian itu.

“Hari ini ada berbeza sedikit, kita nak dapatkan penjelasan adakah nak hentikan atau nak lanjut lagi,” katanya ketika mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Hari ini, Ismail Sabri berkata, kerajaan mengikuti keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam yang untuk tidak melanjutkan MoU bersama PH.

Namun, Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan sebarang perubahan boleh berlaku selepas berakhir bulan Julai nanti.

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan UMNO untuk mencalonkan Ismail pada pilihan raya akan datang, Muhyiddin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, ianya hanya pendirian UMNO sahaja yang berbeza dengan PN.

“Itu soal parti UMNO-BN mereka nak calonkan siapa sahaja kita dengar saja.

“Tapi saya tidak komen apa-apa sebab Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Ismail Sabri tapi ke hadapan kita tidak tahu kalau dia dicalonkan itu dari BN kita PN tidak ambil pendirian yang sama,” tambahnya. MG

Muhyiddin minta Ismail Sabri beri penjelasan mengenai MoU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker