Kes langgar lari, peniaga ikan serah diri

Kes langgar lari, peniaga ikan serah diri

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga ikan yang dipercayai terlibat dalam insiden langgar lari di dua lokasi berbeza Isnin lepas, menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Ibrahim Mat Som berkata lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan selepas hadir di balai polis berkenaan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.

Beliau berkata dua laporan telah dibuat berhubung kejadian itu melibatkan kes pertama di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, manakala kes kedua berlaku di Persiaran Ledang Iskandar Puteri pada kira-kira 9.30 malam, yang turut tular di media sosial.



“Pemandu hadir ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut, manakala pemilik kereta Toyota C-HR berwarna merah itu telah dikesan dan mendakwa meminjamkan kereta tersebut kepada rakannya.

“Kita turut merampas kereta terbabit dan suspek telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk direman selama dua hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Terdahulu, tular dua video berdurasi 34 saat dan 23 saat di laman sosial Facebook yang memaparkan tindakan seorang pemandu memandu secara berbahaya, dipercayai di dua lokasi berbeza, sehingga terlanggar sebuah motosikal sebelum terus memecut laju meninggalkan mangsa. FMT



Kes langgar lari, peniaga ikan serah diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker