Pencalonan PM Adalah Terjemahan PAU 2021 – Ahmad Zahid
Pencalonan PM Adalah Terjemahan PAU 2021 – Ahmad Zahid
Pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah penterjemahan kepada ketetapan yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid hamidi menjelaskan, perkara itu diputuskan oleh lima kepimpinan tertinggi UMNO sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
“Dalam PAU, perwakilan telah menetapkan supaya soal-soal yang berkaitan dengan PRU15 yang mempunyai hubungan dengan soal-soal dan isu parti hendaklah dibincangkan oleh Top Five.
“Jadi perkara itu telah dibincangkan oleh Top Five sebelum dibawa ke MKT,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai isu pembubaran Parlimen, Ahmad Zahid memberitahu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memutuskan perkara itu.
Pun begitu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, keputusan itu akan dibuat selepas konsultasi dengan lima pimpinan tertinggi UMNO dan Biro Politik untuk dianalisis bersama sebelum pembubaran dilakukan.
“Pembubaran itu bergantung kepada budi bicara dan analisis yang akan dilakukan oleh perdana menteri dan selepas itu perdana menteri akan menasihati kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan sama ada pembubaran boleh dilakukan atau sebaliknya,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak melanjutkan perjanjian persefahaman (MoU) yang ditemeterai antara kerajaan dan pembangkang.
Justeru beliau berkata, tidak ada keperluan mana-mana pihak mencadangkan untuk melanjutkan MoU itu lagi.-AA
Pencalonan PM Adalah Terjemahan PAU 2021 – Ahmad Zahid
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji