Jangan tunggu sesak nafas baru nak datang hospital – KKM

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai yang mempunyai gejala Covid-19 untuk mendapatkan rawatan lebih awal.

Ini kerana kelambatan diagnosis adalah salah satu faktor biasa di kalangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi atau meninggal dunia, bahkan di kalangan mereka yang masih muda dan sihat.

“Kita dapati mereka mendapat rawatan kesihatan ketika sudah mula mempunyai gejala yang berat iaitu pada peringkat yang lewat.

“Jadi kalau kita lihat dalam penyakit jangkitan Covid-19, ia ada tahap satu hingga tahap lima. Tahap satu ia tak ada gejala langsung, tahap dua ada gejala ringan, tahap ketiga dia ada gejala pernafasan, tahap empat memerlukan bantuan oksigen, dan tahap lima bantuan pernafasan.

“Jadi kebanyakan kes yang datang walaupun usia muda tetapi pada peringkat yang lewat, iaitu pada tahap sekurang-kurangnya tahap tiga ataupun empat…

“Walaubagaimanapun kita mensyorkan kepada mereka yang ada gejala sila datang ke hospital ataupun klinik pada peringkat yang awal. Jangan tunggu sampai sesak nafas ataupun kepayahan untuk bernafas barulah datang ke hospital,” kata beliau pada sidang media dalam talian mengenai taklimat Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan yang dilaporkan dibuat oleh Pengarah Hospital Duchess of Kent Dr Francis Paul semalam.

Bernama memetik Paulus berkata beberapa orang daripada 27 pesakit ICU yang dirawat di hospital di Sandakan berusia 50 tahun ke bawah, tanpa sejarah penyakit kronik.

“Walaupun kebanyakan pesakit Covid-19 berusia lebih 60 tahun dengan sejarah diabetes, penyakit jantung dan paru-paru memerlukan alat bantuan pernafasan, ada juga pesakit lebih muda dan sihat sebelum dijangkiti (Covid-19) dan dirawat di ICU.

“Ini menunjukkan virus ini tidak boleh dianggap perkara remeh kerana boleh menjangkiti siapa sahaja,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham menyenaraikan ciri-ciri umum lain daripada kes-kes teruk dan kematian Covid-19.

Katanya, pesakit seperti itu sering mempunyai penyakit lain – sama ada penyakit berjangkit seperti tuberkulosis, atau penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang.

Tahap imun yang rendah juga boleh menjadi faktor tetapi ini masih belum dapat dibuktikan, katanya, menjawab soalan itu.

Kacang tanah sangkut paru-paru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker