Safiey Ilias didakwa tipu kilang, stokis RM100,000?

Safiey Ilias didakwa tipu kilang, stokis RM100,000?

Usahawan kontroversi, Safiey Ilias didakwa menghilangkan diri selepas menipu pemilik kilang dan lebih 10 stokis berhubung produk kecantikan keluarannya yang bernilai RM100,000.

Seorang stokis yang mendakwa menjadi mangsa Safiey berkata, dia membuat pembayaran penuh untuk menjual produk tersebut namun jumlah produk yang diterima tidak sama yang dijanjikan.



Beliau yang enggan dikenali mendakwa, Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias sering memberi alasan stok produk tidak mencukupi dan pihak kilang sedang mengeluarkannya gara-gara mendapat tempahan semula yang tinggi.

“Namun apabila ditanya dengan pihak kilang, semua stok produk itu telah diserahkan kepada Safiey lebih awal dan tiada isu kekurangan stok.

“Malah pihak kilang juga berdepan masalah kerana Safiey berhutang sebanyak RM60,000 ketika perjanjian membuat kemunculan semula produk tersebut.

“Lebih mengecewakan ada stokis yang sudah membuat pembayaran penuh sampai sekarang tidak mendapat stok yang dijanjikan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.



Mengulas lanjut, stokis itu turut memberitahu, individu yang rapat memaklumkan Safiey didakwa telah pulang ke rumah ibu bapanya di Pahang.

Katanya, jelas individu itu, hasil maklumat yang diterima daripada ibu bapa usahawan itu, Safiey hanya berkurung dalam bilik dan enggan keluar rumah.

“Kami jelas kecewa dengan apa yang berlaku. Sebelum kemunculan semula produk itu di pasaran, hampir setiap hari Safiey memujuk kami untuk menjadi stokis dan bersama-sama kembali menjual produk itu yang pernah mencetus fenomena.

“Namun selepas kami membuat pembayaran penuh sebagai stokis, dia bukan sahaja menghilang diri termasuk menyahaktif di laman Facebook milikinya malah tidak menepati janji untuk membuat promosi di media sosialnya secara agresif,” katanya.



Stokis itu menambah, sekiranya Safiey masih lagi menyembunyikan, dia dan rakan-rakan stokis lain akan membuat laporan polis dan mengadakan sidang media dalam terdekat.

Pada Januari lalu, Safiey menafikan dia muflis sehingga terpaksa menjual rumah yang terletak di Sunway Montana dengan nilai RM2.1 juta selepas enam tahun mendiaminya.

Sebulan kemudian , dia mahu menjual kereta mewah Mustang yang dibeli pada 2016 dengan harga RM270,000.

Namun dia turut menafikan bakal berhijrah dan memulakan kehidupan baharu di Bangkok, Thailand susulan tindakannya yang menjual semua aset dimiliki membabitkan rumah, isi rumah dan kereta mewah miliknya. MG



Safiey Ilias didakwa tipu kilang, stokis RM100,000?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita



Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker