Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

Cuma tinggal satu lagi proses sebelum kita melihat Taufiq Ayman, suami mantan Gabenor BNM, Zeti Aziz diheret ke mahkamah.

Pengarah JSJ Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata pihak polis sudah melengkapkan kertas siasatan.

Ianya telah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya, termasuk dari sudut Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

MLA diperlukan, agar dokumen dan keterangan yang diperoleh oleh PDRM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura, boleh diterima di mahkamah.

Pihak CAD Singapura telah memberikan kerjasama baik.

“Kami juga mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan bagi tujuan siasatan,” jelas beliau lagi.

Tawfiq disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau juga akan didakwa di bawah seksyen yang sama.

Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa


Baca Artikel Menarik:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker