Jangan kempen guna wahyu Presiden



Jangan kempen guna wahyu Presiden

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengingatkan semua pihak bertanding dalam pemilihan parti itu pada Mei ini supaya berkempen secara sihat dan tidak melakukan serangan peribadi.

Beliau mendakwa terdapat calon tertentu yang mendakwa mereka merupakan calon pilihan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pemilihan kali ini sewajarnya tidak dicemarkan dengan emosi, serangan peribadi atau kempen yang bersandarkan ‘wahyu’. Saya sedar ada calon yang menyebarkan konon mereka menjadi pilihan Presiden parti dan memberi gambaran jika tidak mengundi mereka, itu tidak setia kepada ‘Institusi Presiden’.

“Kempen sebegini wajar dihentikan serta-merta. Hak untuk memilih pemimpin adalah hak individu setiap anggota. Pencapaian seorang calon seharusnya didasarkan semata-mata kepada rekod pendiriannya yang sehaluan dengan perjuangan parti, serta kemampuan calon itu menggerakkan kempen dan gerak kerja untuk melonjakkan kedudukan parti di mata rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.




Rafizi turut mengingatkan penting bagi ahli PKR mengundi melalui pengundian dalam talian untuk mengurangkan pengaruh sekelompok tokoh tempatan dikenali sebagai ‘warlords’ yang banyak mempengaruhi pemilihan lepas.

Katanya, sebelum ini calon di peringkat pusat terpaksa tawar-menawar dengan tokoh tempatan supaya mereka menggerakkan pengikut menyokong calon tertentu.

“Adalah menjadi harapan saya bermula dengan pemilihan kali ini, setiap anggota PKR memilih pimpinan berdasarkan penilaian peribadi mengikut prestasi dan pendirian seseorang calon. Melalui sistem undian atas talian menggunakan aplikasi, kuasa untuk memilih pimpinan dikembalikan kepada setiap anggota biasa dan seterusnya mengurangkan pengaruh ‘warlords’ di dalam parti.

Beliau juga berharap calon bertanding untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai dua perkara penting iaitu hala tuju parti yang ingin dibawa dan bentuk sumbangan gerak kerja melonjak PKR bagi memenangi pilihan raya.

Rafizi berkata, sudah sampai masanya untuk calon Timbalan Presiden dan calon jawatan tertinggi lain memberi penjelasan mengenai pendirian mereka berkenaan dua perkara yang dibangkitkan itu.




“Pemilihan kali ini akan menjadi pungutan suara ‘referendum’ dalam kalangan anggota biasa PKR untuk memutuskan sama ada beberapa kelompok yang terus mahu merundingkan pelbagai kerjasama dengan parti lawan ini benar-benar ada mandat daripada anggota parti,” katanya. Sinar

Jangan kempen guna wahyu Presiden


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa



Leave a Reply

Your email address will not be published.