Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD) Maut Terjatuh Dari Tingkat 11

Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD) Maut Terjatuh Dari Tingkat 11

 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 di Pangsapuri Intan, Taman Puchong Intan, Subang Jaya, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.45 petang.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan terlentang di atas bumbung tempat letak kenderaan di aras dua bangunan tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau hiperaktif itu sedang bermain permainan video bersama tiga adik-beradik yang lain sebelum disedari hilang.

“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di rumah dan bekerja secara dalam talian manakala bapa kanak-kanak itu berada di kuil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, setakat ini, polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.-AA

Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD) Maut Terjatuh Dari Tingkat 11

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker