Ismail respons positif isu ganja, ketum perubatan – kaukus parlimen

Ismail respons positif isu ganja, ketum perubatan – kaukus parlimen

Kaukus Ganja dan Ketum Perubatan Parlimen telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menurut kaukus ahli parlimen rentas parti itu, Ismail Sabri dalam perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberikan maklum balas positif terhadap cadangan mereka.

“Pertemuan ini telah membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum untuk kegunaan di Malaysia,” kata kaukus tersebut pada satu kenyataan hari ini.

Selain itu, kaukus berkenaan juga membangkitkan isu berkaitan rakyat Malaysia yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah kerana penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

“Pandangan perundangan juga menjadi perhatian utama dalam pertemuan rasmi (itu).

“Perdana menteri telah memberi respons yang positif dan isu-isu berkaitan industri ini akan dibincang dan diperhalusi dengan lebih teliti dalam mesyuarat kabinet,” kata Kaukus Ganja dan Ketum Perubatan Parlimen itu lagi.

Kaukus itu terdiri daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar), Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam), Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat), Ignatius Darell Leiking (Warisan- Penampang), Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) dan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah).

Kaukus parlimen ini ditubuhkan sekumpulan ahli parlimen yang berkongsi aspirasi untuk mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum serta ganja perubatan bagi mengurangkan kemudaratan sebagai salah satu perubatan alternatif yang diiktiraf negara.

Dalam perkembangan berkaitan, kaukus itu dalam kenyataan hari ini berkata industri ganja perubatan bernilai RM60 bilion setahun dan lebih 40 negara telah menghalalkan ganja perubatan, termasuk negara jiran Thailand.

“(Kaukus ini) percaya bahawa Malaysia mempunyai ruang dan peluang yang besar dalam industri ini untuk tujuan perubatan, penyelidikan danmampu memberi manfaat besar kepada negara,” kata mereaka

Hujung bulan lalu, komposer dan penyanyi nasyid Yasin Sulaiman ditahan bersama pokok ganja dan dituduh mengedar dadah.

Yasin atau nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman, 46, didakwa mengedar ganja dianggarkan seberat 214 gram yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Penggunaan ganja diharamkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1954 manakala ketum dikawal di bawah Akta Racun 1952. Mk

Ismail respons positif isu ganja, ketum perubatan – kaukus parlimen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker