Tunggang motosikal guna kaki, tangan main telefon [VIDEO]



TANGKAP layar memaparkan senario seorang pelajar lelaki memandu motosikal menggunakan kaki sambil bermain telefon. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video mendapat perhatian netizen Indonesia kerana memaparkan senario seorang pelajar lelaki menunggang  motosikal menggunakan kakinya sambil kedua-dua tangan leka bermain telefon bimbit, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya di wilayah Jawa Tengah itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @andreli_48.

Menerusi video tersebut, seorang pelajar lelaki yang masih memakai seragam sekolah dilihat menunggang sebuah motosikal berwarna merah.

Kedua-dua tangannya memegang telefon bimbit untuk bermain permainan video, manakala dua kakinya diletakkan pada hendal untuk mengawal motosikal.




Ketika di simpang jalan, pelajar lelaki tersebut membelok ke kiri sambil mendepakan tangannya sebelum terus bermain permainan video.

Perakam tersebut kelihatan panik dan memberitahu bahawa dia perlu membelok, namun pelajar itu kelihatan santai sahaja.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bahaya bukan kepada dirinya sahaja, bahkan orang lain,’’ tulis seorang netizen.

“Tidak boleh ditiru kawan-kawan, sangat berbahaya bagi pengguna jalan raya yang lain,’’ komen netizen lain. – Agensi

 




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung



Leave a Reply

Your email address will not be published.