Jeti telan kos RM50,000 kerana ada buaya dan masalah jalan – JKR

Jeti telan kos RM50,000 kerana ada buaya dan masalah jalan – JKR

Pembinaan jeti 15 meter di Kampung Mutap, Miri, Sarawak, menelan belanja sehingga RM50,000 kerana masalah akses jalan, kata Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) Sarawak.

Selain itu, kata JKR Sarawak, pembinaan juga mengambil kira langkah keselamatan daripada gangguan buaya.

Pembinaan jeti kayu itu sebelum ini dikecam orang ramai yang menganggap kosnya tidak masuk akal.

Jeti itu terletak 18 kilometer atau 33 minit perjalanan dari bandar kecil Bekenu, berdasarkan Google Maps.

Berkaitan kos kayu, JKR Sarawak, berkata mereka menggunakan kayu belian dengan harga RM9,000 per meter yang nilainya “bawah harga pasaran”.

“Dalam menentukan kos sebanyak RM50,000, pelbagai faktor diambil kira dengan teliti, antaranya, keadaan laluan jalan (jalan ladang) ke Kampung Mutap, kos logistik serta langkah keselamatan memandangkan kawasan itu dipenuhi buaya,” kata jabatan itu.

JKR Sarawak juga berkata ia pada mulanya mencadangkan jeti besi, tetapi mereka beralih kepada kayu belian kerana lebih murah.

Menurut JKR, semasa lawatan ke tapak pada September lalu, ketua kampung meminta jeti sepanjang 30 meter siap dengan pondok tetapi ia mustahil dibina dengan bajet RM50,000.

Bagaimanapun, kata JKR Sarawak, ketua kampung bersetuju ia akan dibina dalam fasa kedua selepas mendapat dana tambahan daripada wakil rakyat tempatan.

Semasa lawatan itu juga kakitangan JKR diberi amaran tentang keberadaan buaya berkenaan.

Kontraktor Syarikat Bukit Balat dipilih melalui undian oleh jawatankuasa yang dipengerusikan penduduk Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Kontraktor mempunyai masa tiga bulan untuk membina jeti itu, tetapi menyiapkannya dalam tempoh sebulan.

Pemeriksaan bersama oleh JKR, kontraktor dan ketua kampung dilakukan pada 6 April dan hasil pembinaan jeti itu memuaskan, katanya.

Sebelum ini, warganet memperosalkan kos pembinaan jeti yang sebanyak RM50,000 sebagai agak melampau, selepas jabatan itu mengumumkan penyiapan pembinaannya.

Ramai yang ragu-ragu dengan kualiti projek itu memandangkan ia disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Ada yang mendakwa projek jeti kayu itu tidak sepatutnya melibatkan kos yang tinggi, melainkan diperbuat daripada kayu gred tinggi yang digunakan untuk perabot mewah.

Ada juga yang membandingkannya dengan jeti di Semenanjung yang berharga RM50,000 diperbuat daripada konkrit, lengkap dengan susur tangan atau ciri keselamatan lain. Mk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker