Konon Ubah Wajah Seperti Lisa Blackpink, Tapi Lucinta Luna Lebih Mirip Tangmo Nida [VIDEO]

Konon Ubah Wajah Seperti Lisa Blackpink, Tapi Lucinta Luna Lebih Mirip Tangmo Nida [VIDEO]

SELEBRITI transgender Indonesia, Lucinta Luna akhirnya mendedahkan wajahnya selepas melakukan pembedahan plastik sekitar Mac lalu.

Lucinta dengan bangga menyatakan dirinya kini mirip anggota Blackpink iaitu Lisa yang memang menjadi idolanya.

“Bagus kan wajah saya? Wajah asli Lisa pun tidak secantik saya.

“Saya adalah artis Indonesia pertama yang melakukan pembedahan seperti ini. Saya adalah peminat Lisa,” ujarnya dalam temubual di saluran Youtube Boy William.

Walaupun mahu mukanya mirip seperti Lisa, namun rata-rata peminat memberi komen tidak seperti yang diharapkan.

Malah ada yang mengatakan wajah Lucinta kini mirip pelakon Thailand mendiang Tangmo Nida yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari bot pada Februari lalu.

“Mirip Tangmo.

“Bukankah berwajah seperti Tangmo,” komen netizen.

Lucinta sebelum ini berkongsi di media sosial gambar dia selesai menjalani pembedahan plastik.

Dia juga menganggap pembedahan tersebut sebagai kemunculan identiti baharu.-mSTAR

VIDEO DIBAWAH:-

Konon Ubah Wajah Seperti Lisa Blackpink, Tapi Lucinta Luna Lebih Mirip Tangmo Nida [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker