Tepung sukar diperoleh, harga kuih-muih naik

ALOR SETAR – Harga makanan berasaskan tepung khususnya kuih-muih di bazar Ramadan di Kedah menyaksikan kenaikan pada tahun ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, kebanyakan pengguna merungut tentang kenaikan harga makanan di bazar Ramadan.

ADVERTISING

Beliau berkata, peningkatan harga juadah tahun ini dipercayai berikutan kenaikan beberapa kos terutamanya bahan mentah.

“Kita sudah meninjau di sini (bazar Ramadan), kita mendapati kebanyakan harga naik di bazar Ramadan ni. Saya ambil contoh, salah satunya kuih-muih.

“Tahun-tahun lepas, sekiranya kita ke bazar Ramadan memang banyak kuih dijual tetapi pada tahun ini kita tak nampak kuih-muih yang sepertimana dahulu disebabkan peningkatan harga tepung dan bekalan kurang,” katanya.

Mohamad Yusrizal berkata sedemikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini pada Khamis.

Menurutnya, ada peniaga menjelaskan bekalan tepung gandum agak sukar diperoleh dan harganya juga mahal berbanding sebelum ini.

“Jadi, ada peniaga terpaksa menaikkan harga kuih-muih (dijual) sehingga tidak mampu dibeli oleh pengguna.

“Ada pengguna mengambil keputusan menjual menu lain seperti air disebabkan ingin mengelakkan daripada menerima aduan pengguna akibat menaikkan harga makanan itu,” katanya.

Menurut beliau, Cake turut mengesan kenaikan harga minuman berasaskan susu tin dalam tinjauan tersebut.

“Kita tengok harga minuman masih kekal seperti lama tetapi yang ada susu telah naik harga sehingga membebankan pengguna,” katanya.

Katanya, makanan berasaskan ayam seperti ayam percik juga didapati naik mendadak sehingga mampu mencapai sekitar RM30 seekor mengikut saiz.

“Namun, ada gerai mengambil inisiatif untuk mengekalkan harga ayam tetapi saiz ayam agak kecil berbanding sebelum ini.

“Begitu juga makanan kegemaran ramai seperti martabak, yang mana dulu boleh didapati pada harga RM2 hingga RM3 sahaja namun kini ada mencecah RM5 sebiji,” katanya.

Katanya, kenaikan beberapa juadah makanan di bazar Ramadan ini dikesan antara RM2 hingga RM3.

Sementara itu, peniaga kuih tepung pelita, Zulanizan Zakaria, 38, mengakui terkesan dengan kenaikan harga tepung gandum hingga terpaksa menaikkan sedikit harga kuih dijual.

“Sebelum ini, saya jual kuih RM2 untuk empat biji tepung pelita tetapi sekarang lima biji pada harga RM3 akibat kenaikan harga tepung gandum.

“Walaupun terpaksa menaikkan harga RM1, namun pelanggan faham dengan situasi kos harga barang yang naik ketika ini,”katanya.

Zulanizan memberitahu, kira-kira 4,000 tepung pelita yang dijual di bazar Ramadan itu juga habis setiap hari.

Menurut peniaga ayam percik, Rushina Che Meh,50, berkata, dia juga berdepan kenaikan harga ayam, plastik dan pekerja tahun ini.

Bagaimanapun, Rushina berkata, dia memutuskan mengekalkan harga sama namun saiz ayam lebih kecil bagi memastikan ia mampu dibeli peniaga.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker