Aplikasi Marhaen.my bantu golongan terjejas pandemik

Aplikasi Marhaen.my bantu golongan terjejas pandemik

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini ternyata memberikan kesan kepada ramai rakyat Malaysia terutama dalam sektor ekonomi.

Malah, banyak syarikat terpaksa gulung tikar sekali gus membuatkan segelintir rakyat menganggur dan mencari ikhtiar untuk meneruskan kehidupan.



Prihatin dengan masalah itu, sebuah syarikat tempatan tampil dengan inisiatif serta idea kreatif memperkenalkan aplikasi Marhaen.my.

Cetusan nama Marhaen.my diinspirasikan dari kesepakatan rakyat Malaysia yang sering berkongsi rezeki dan saling membantu antara satu sama lain.

Menurut Pengurus Projek Marhaen.my, Hayati Sahak, platform ini dibangunkan secara kutipan derma atas talian bagi membantu rakyat Malaysia yang bergelut dari segi kewangan dan memerlukan bantuan makanan dengan segera.

“Objektif platform ini adalah untuk membantu dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan platform digital dan kemudahan menyampaikan dana, infaq, wakaf dan sumbangan secara atas talian.



“Di samping itu, Marhaen.my dapat memastikan capaian maklumat berkenaan sebarang kempen dan program yang dianjurkan oleh pertubuhan atau organisasi yang berdaftar dapat disalurkan secara telus kepada rakyat di setiap pelusuk tempat dalam negara ini.

“Marhaen.my juga komited dan fokus dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan individu, secara terurus dan mudah di mana pemeriksaan latar belakang akan dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penipuan. Inisiatif ini juga menggalakkan orang ramai untuk terus memberi bantuan secara berterusan dan tidak terhad kepada satu kempen sahaja,”katanya.

Menurutnya lagi, proses pemberian sumbangan kepada penerima bantuan dibuat secara mengintegrasikan fungsi pembayaran dalam talian (FPX) yang mana pengguna aplikasi boleh memantau perkembangan sesuatu kempen yang dipilih dari semasa ke semasa sehingga berjaya.

Menariknya lagi, aplikasi ini akan terus memaparkan kempen kutipan derma yang masih aktif.



“Apabila kutipan derma berjaya dikumpulkan mengikut jumlah yang ditetapkan, bantuan tersebut akan terus diagihkan kepada golongan yang memerlukan mengikut kempen. Secara tidak langsung, Marhaen.my menjadi sebuah platform yang dipercayai.

“Aplikasi ini bukan sahaja dapat membantu masyarakat dari segi kewangan menerusi kempen derma orang ramai, malah bantuan bank makanan secara virtual turut disediakan. Orang ramai boleh menyumbang dengan memilih untuk menambah barang keperluan seperti beras, gula, minyak masak, tepung dan lain-lain di ruangan Gerobok Rezeki,”katanya.

Selain itu, kata Hayati, pemohon juga boleh memohon barangan keperluan tertentu seperti lampin bayi atau ubat-ubatan di aplikasi tersebut. Pihak Marhaen.my akan menguruskan barangan yang dimohon dan menguruskan penghantaran secara kurier kepada pemohon.

“Saya sangat bersyukur kerana ia bukanlah usaha saya secara bersendirian. Saya terharu melihat rakyat Malaysia bersatu hati dan membantu antara satu sama lain semasa detik sukar ini. Tanpa mengira status peribadi, syarikat-syarikat ternama, badan-badan tertentu sehingga rakyat biasa, semua orang cuba sedaya upaya untuk membantu di mana sahaja mereka boleh menghulurkan tangan kepada yang memerlukan.



“Marhaen.my menyasarkan lebih 50 kempen individu yang bakal dijayakan di media sosial sepanjang bulan Ramadan tahun. Kami turut berharap bilangan barangan di Gerobok Rezeki akan bertambah dari semasa ke semasa di semua tempat.” katanya.

Untuk rekod, Marhaen.my berjaya mendapat kutipan melebihi RM2.4 juta ringgit yang merangkumi 294 kempen individu dan 108 penerima Gerobok Rezeki sebelum ini.

Malah, katanya, hasil kutipan tertinggi bagi satu kempen di Marhaen.my juga melebihi RM 300,000. Platform ini turut bekerjasama dengan 24 badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia dan maklumat lanjutnya boleh didapati di laman web Marhaen.my. BH

Aplikasi Marhaen.my bantu golongan terjejas pandemik




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim



Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

https://mykmu.net/2022/04/06/zoey-rahman-kini-rapat-dengan-shakira-stephen-setelah-tiada-jodoh-dengan-zarina-anjou

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker