Khemah rosak, makanan bertaburan dipukul ribut

Khemah rosak, makanan bertaburan dipukul ribut

BERA – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Itu situasi getir yang dihadapi kira-kira 12 peniaga di tapak Bazar Ramadan Triang di sini apabila gerai dan makanan musnah dalam kejadian hujan lebat serta ribut petang tadi.

Peniaga roti john, Fazli Yaakob, 34 berkata, ini adalah kejadian kali pertama berlaku sepanjang dia berniaga di Bazar Ramadan.

Katanya, walaupun tiada kecederaan kepada peniaga namun hampir 80 peratus peniaga terpaksa menanggung kerugian.

“Angin kuat datang dari arah kawasan terbuka berdekatan. Ada peniaga yang pegang tiang khemah untuk elak khemah terbang.

“Masa ribut mula-mula tu, peniaga masih mampu pegang tiang tapi kejadian ribut kali kedua tu, mereka terpaksa lepaskan tiang. Kalau mereka berpaut juga, saya rasa mereka pun ikut terbang dengan khemah,” katanya.

Fazli berkata, jumlah kerugian para peniaga masih belum dapat dipastikan namun sebahagian besar peniaga terjejas mengalami kerugian kerana semua makanan dan minuman termasuk peralatan. K Online

Khemah rosak, makanan bertaburan dipukul ribut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker