DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun katanya DUN Melaka, Johor dan Sabah tidak akan dibubarkan kerana belum mencapai tempoh matang.
“Kerajaan negeri di bawah BN sangat prihatin, bahawa kita tidak mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibebankan dengan perbelanjaan yang tinggi jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan secara berasingan.
“Maka kami mengambil keputusan bahawa negeri-negeri yang berada di bawah BN tidak akan mengadakan PRN berasingan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Sebelum ini, Pakatan Harapan mengumumkan tidak akan membubarkan DUN di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala PAS turut membuat keputusan sama di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata BN sentiasa bersiap sedia menghadapi PRU15 pada bila-bila masa.
Beliau berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk mengekalkan lapan parti sebagai ‘friends of (mesra) BN’ dan sedang meneliti permohonan tujuh parti daripada ‘friends of BN’ itu untuk menjadi parti teras, sekali gus menjadi calon atas tiket BN pada PRU15.
Tanpa mendedahkan nama parti berkenaan, beliau berkata BN sedang melihat kesesuaian parti-parti yang menawarkan calon itu sebelum merumus formula dalam mencapai keputusan bersama BN.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata BN bersetuju untuk memasukkan kesemua manifesto yang dicadangkan MIC ke dalam manifesto BN dengan mengambil kira sumbangan masyarakat India kepada negara.
Antara manifesto yang dicadangkan MIC adalah meminta komitmen daripada BN pelaksanaan kedua-dua Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosio-ekonomi Masyarakat India (JKMPSI) dan Pelan Tindakan Masyarakat India 2.0.
Sementara itu mengulas kerjasama BN dan PAS, Ahmad Zahid berkata BN berpendirian kerjasama dengan PAS perlu bersifat menyeluruh, dan menyifatkan cadangan kerjasama parti itu untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU15 sebagai satu muslihat.
“Kalau mahu bekerjasama, biarlah bekerjasama secara total, bukan kerana merundingkan kononnya ada kerusi bagi mengelak tiga penjuru,” katanya.
BERNAMA
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Debaran pembubaran Parlimen semakin terasa, hanya ada hari ini atau esok
- Pakatan Harapan Sukar Menang Jika Pas-UMNO-Bersatu Bergabung Di PRU15 – Penganalisis
- Pembunuhan di Damansara, seorang ditahan seorang lagi masih diburu
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.