Resepi daging paprik merecik
Resepi daging paprik merecik
MASAKAN paprik memang sedap! Tidak kiralah guna daging, ayam atau makanan laut.
Kuahnya yang berperisa dan separa pekat dicampur pula dengan pelbagai sayur-sayuran ternyata menjadi pelengkap. hidangan. Makan acap kali pun tak terasa muak!
Pedas, masam dan aroma lazat dari daun limau purut adalah sebab masakan paprik menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia sekian lama.
Selain itu, ia mudah, sedap dan cepat untuk disediakan.
Bahan-bahannya;
Daging/ayam/udang/sotong
2 biji bawang putih diketuk
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar lada kisar
1/2 lobak merah dipotong
1 bungkus jagung dipotong
1/2 biji lada benggala dipotong
Sedikit bunga kobis
Daun limau purut
Sos cili
Sos tiram
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya;
1. Pastikan daging direbus dahulu dan dihiris nipis ikut citarasa masing-masing.
2. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih bersama cili kisar hingga naik bau. Masukkan daging.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram ikut bahan sedia ada dalam kuali.
4. Tuangkan sedikit air dan boleh masukkan semua sayuran serta daun limau purut untuk tambah aroma masakan.
5. Apabila kelihatan menggelegak, boleh masukkan sedikit garam dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari
Resepi daging paprik merecik
Baca Artikel Menarik:
- Kadar tol 4 lebuh raya tak naik – Ismail
- Siapa dalam Umno mahu kerjasama dengan Bersatu – soal Zahid
- Resepi Apam Cornetto Menyelerakan
- Resepi Talapia Masak Pedas Thai, menu untuk berbuka puasa
- Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak
- Demi mahu jadi PM semula, Muhyiddin tebalkan muka jumpa Mahathir
- Jumpa kad ATM, berbelanja sakan
- Firdaus Wong pula buat laporan polis terhadap Loh
- Muhyiddin terdesak, mahu jadi PM lagi untuk kepentingan peribadi
- Melampau jantan berselawat pakai baju tidur wanita
- Chef Selebriti Khairul Aming Sudah Pulih Dari COVID-19, Kembali Kongsi Resepi Sempena Ramadan
- Bidan Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Juadah Terakhirnya..
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS