Ramadan Bukti Termakbulnya Doa Yang Agung

Ramadan Bukti Termakbulnya Doa Yang Agung

Salah satu doa yang Allah rakamkan dalam surah Al-Baqarah ayat ke-129 iaitu doa
Nabi Ibrahim AS. Setelah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS selesai membina ka’abah,
Baginda AS berdoa kepada Allah SWT agar diutuskan seorang Rasul dari keturunannya.

ربنا وابعث فيهم رسولا منهم يتلوا عليهم أياتك ….. الخ

Ya Tuhan kami, utuskanlah pada mereka (penduduk Makkah) seorang Rasul dari kalangan
mereka yang membacakan AYAT2Mu kepada mereka…

Maka ketika diutuskan Rasulullah SAW di Makkah dengan turunnya Al-Quran yang berlaku
pada bulan Ramadan (dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah ataupun langit dunia), maka
termakbullah doa Nabi Ibrahim AS walaupun ianya memakan masa ribuan tahun.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil?

1. Setelah kita selesai beribadah, berdoalah moga Allah menerima setiap amalan kita,
memaafkan segala kekurangan kita dalam beribadah.

2. Ajaklah anak-anak dan ahli keluarga untuk berdoa bersama kita.

3. Kita hendak mempunyai impian untuk mewariskan legasi perjuangan Islam kepada generasi di bawah dan berusaha sedaya upaya kita termasuklah dengan berdoa.

4. Membacakan ayat2 Allah iaitu Al-Quran untuk diri sendiri adalah ibadah yang utama.
Namun apabila Al-Quran dibacakan atau disampaikan kepada orang lain, itu merupakan
satu tugas yang agung iaitu tugas para Rasul.

5. Ramadan sangat sinonim dengan ibadah puasa, tilawah Al-Quran dan berdoa. Oleh itu,
tingkatkan kualiti puasa, tilawah dan doa kita hari demi hari.

Moga Ramadan yang kita sedang lalui ini mampu mendidik kita ke arah memburu Taqwa menyebar Rahmah.

Ramadan Bukti Termakbulnya Doa Yang Agung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker