Bidan Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Juadah Terakhirnya..
Bidan Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Juadah Terakhirnya..
SEORANG bidan berusia 51 tahun maut selepas tertelan gigi palsu.
Wanita itu tidak dapat diselamatkan dengan pembedahan selepas disahkan positif Covid-19.
Anak mangsa, M Anugerah berkata, dalam kejadian pada 24 Februari lalu, ibunya sedang menikmati mi sup.
Menurutnya, mi sup yang dibelinya merupakan permintaan ibunya.
Bagaimanapun, ibunya, Siti Zubaidah berhenti makan selepas suapan kelima.
Mangsa tersedak kerana merasa seperti sesuatu tersangkut dalam kerongkongnya.
“Bila diperiksa ternyata gigi palsu tertelan bersama makanan yang dimakan ibu,” kata Anugerah di hospital di Punggulan, Kecamatan Air Joman, daerah Asahan di Indonesia.
Menurut Anugerah, dia dan ahli keluarganya cuba menyelamatkan ibunya namun gagal, sebelum dikejarkan ke hospital.
Keluarganya terkejut apabila dimaklumkan bahawa ibunya disahkan positif Covid-19.
Ini kerana mangsa dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala.
Ekoran itu, rawatan menjadi perlahan dan pembedahan ke atas Siti Zubaidah tidak dapat dilakukan sebanyak dua kali.
“Selepas ibu lemah, barulah pembedahan membuang gigi palsunya dilakukan,” ujar Anugerah dalam nada kesal.
Bagaimanapun, pegawai perhubungan awam hospital, Rosario Dorothy Simanjuntak berkata, Siti Zubaidah dijangkiti Covid19 menyebabkan pembedahan terpaksa dibatalkan.
“Namun, gangguan menelan dan jangkitan seterusnya berlaku pada pesakit yang menyebabkan pembedahan perlu dijalankan segera dengan tujuan utama untuk memenuhi keperluan nutrisi pesakit serta mengeluarkan bendasing (gigi palsu) yang ditelan,” katanya. – Kompas
Bidan Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Juadah Terakhirnya..
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun