Imran Khan diancam bunuh
Imran Khan diancam bunuh
Tahap perlindungan Imran Khan dipertingkatkan selepas agensi keselamatan melaporkan terdapat rancangan untuk membunuh Presiden Pakistan itu, kata Menteri Penerangan negara tersebut.
Kenyataan Fawad Chaudhry itu dilakukan sehari selepas bekas Menteri, Faisal Vawda melakukan dakwaan yang sama dengan berkata, nyawa Khan berada dalam bahaya.
Kenyataan tersebut berlatar belakang kepada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada hujung minggu ini, dan dakwaan Khan bahawa Amerika Syarikat (AS) berkonspirasi untuk menjatuhkannya kerana ‘dasar luar negara yang bebas’ beliau.
Khan menyalahkan parti pembangkang kerana ‘diambil kesempatan oleh kuasa asing’, lapor agensi berita, Anadolu.
Ketika berucap kepada negara, Perdana menteri itu mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan berundur, malah akan menentang undi tidak percaya itu.
Katanya: “Pada 7 Mac, kami menerima sepucuk surat dari Amerika Syarikat (AS). Okey, jangan namakan sebarang negara. Kami menerima sepucuk surat dari negara asing.
“Ia adalah dokumen rasmi berdasarkan nota duta kami yang mengambilnya semasa satu mesyuarat dengan para pegawai negara tersebut, yang menyatakan kami akan menjauhkan diri jika Imran Khan jatuh akibat undi tidak percaya, sebaliknya ia (Pakistan) akan menghadapi akibatnya,”.
Pada taklimat media, Jurucakap White House, Kate Bedingfield menafikan dakwaan itu dengan berkata: “Tidak ada kebenaran sama sekali pada dakwaan tersebut,”.
Terdahulu, Jawatankuasa Keselamatan Nasional Pakistan mengutuk kenyataan rasmi itu dengan menyatakan bahasa yang digunakan ‘tidak boleh diterima’ dan ‘tidak diplomatik’.
Badan tentera awam berkata, komunikasi ‘secara terang-terangan mencampuri urusan dalaman Pakistan oleh negara yang dipersoalkan, yang mana tidak boleh diterima dalam apa juga keadaan’.
Semalam, Kementerian Luar melakukan bantahan rasmi ke atas AS kerana surat ‘ancaman’ tersebut.
Gabungan pembangkang yang diketuai Pakistan Peoples Party dan Pakistan Muslim League-Nawaz mengusulkan undi tidak percaya terhadap Khan pada 8 Mac lalu dan pengundian dijangka dilakukan pada 3 April ini.
Parti pemerintah, Tehreek-e-Insaf, mempunyai 155 ahli daripada 342 ahli Perhimpunan Nasional dan sekurang-kurangnya 172 ahli diperlukan untuk membolehkannya kekal berkuasa.
Selain kehilangan sokongan beberapa sekutunya, kira-kira 20 ahli parti yang dipimpin Khan menyatakan sokongan terhadap pembangkang yang mendakwa mempunyai majoriti di Parlimen dan menggesa Perdana Menteri itu meletak jawatan. MG
Imran Khan diancam bunuh
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun