Australia terpaksa bayar AUD5.5 bilion batal perjanjian kapal selam

Australia terpaksa bayar AUD5.5 bilion batal perjanjian kapal selam

Wakil kerajaan Australia mengesahkan negara itu dijangka terpaksa membayar sehingga AUD5.5 bilion (RM17 bilion) untuk membatalkan perjanjian kapal selam dengan Perancis.

Tahun lalu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison melanggar perjanjian kapal selam dengan Naval Group Perancis, dengan memilih alternatif berkuasa nuklear sebagai sebahagian daripada perjanjian keselamatan penting dengan Washington dan London.

Melalui sesi soal jawab dengan Senator pembangkang hari ini, wakil dari Kementerian Pertahanan mendedahkan pembatalan perjanjian dengan Perancis menuntut suatu bayaran yang sangat tinggi.

“Justeru pembayar cukai perlu membayar AUD5.5 bilion (RM17 bilion) untuk kapal selam yang tidak wujud?” Senator Penny Wong bertanya pada satu perbicaraan di Canberra.

Timbalan Setiausaha Jabatan Pertahanan, Tony Dalton, kemudiannya mengesahkan bayaran itu.

“Rundingan akhir yang diputuskan adalah dalam lingkungan harga terbabit,” katanya.

Namun, Dalton berkata, jumlah sebenar masih tidak dimuktamadkan kerana rundingan dengan Naval Group sedang berjalan.

Menteri Kewangan, Simon Birmingham, mempertahankan keputusan membatalkan perjanjian itu yang disifatkan penting untuk beberapa dekad akan datang.

“Tiada apa yang boleh mengelak daripada fakta bahawa kita terpaksa menanggung akibat yang serius.

“Perubahan strategik persekitaran di rantau ini bermakna pilihan yang dibuat sebelum ini tidak akan memenuhi keperluan terbaik untuk Australia pada masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Morrison berkata, keputusan untuk beralih kepada kapal selam berkuasa nuklear didorong oleh perubahan dinamik di rantau Asia-Pasifik, di mana China semakin menegaskan tuntutannya terhadap hampir keseluruhan Laut China Selatan.

Perubahan itu menyebabkan kemarahan Paris di mana Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menuduh pemimpin Australia itu berbohong mengenai arah tuju kontrak yang pada mulanya bernilai AUD$50 bilion (RM158 bilion).

Disember lalu, menurut kajian yang dikeluarkan oleh Institut Dasar Strategik Australia, program kapal selam berkuasa nuklear itu akan menelan belanja lebih daripada AS$80 bilion (RM336 bilion) dan mengambil masa beberapa dekad untuk disiapkan. BH

Australia terpaksa bayar AUD5.5 bilion batal perjanjian kapal selam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker