Dua maut, tiga parah Kancil dinaiki terlibat nahas

Dua maut, tiga parah Kancil dinaiki terlibat nahas

SEMPORNA – Dua maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan manakala tiga lagi parah dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tagasan Tawau-Semporna, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang maut melibatkan wanita berusia 40-an dan kanak-kanak dua tahun manakala tiga lagi yang parah membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 40-an.



Semua mangsa yang belum diketahui identiti itu tersepit dalam kenderaan jenis Perodua Kancil yang mereka naiki dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.29 petang.

Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak 13 kilometer dari BBP Semporna.

“Menurut laporan kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu jenis Perodua Kancil, Toyota Hilux dan sebuah lori.



“Terdapat lima mangsa terlibat dilaporkan tersepit dalam Perodua Kancil dan usaha mengeluarkan mangsa segera dilakukan pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas untuk menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, semua mangsa yang tersepit kemudian berjaya dikeluarkan dari dalam kenderaan terbabit.

“Dua mangsa meninggal dunia selepas disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tiga lagi mangsa mengalami cedera parah di hantar ke Hospital Semporna menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans,” katanya.



Edoen berkata, operasi ditamatkan pada jam 5.14 petang selepas pemeriksaan dilakukan bagi memastikan lokasi kejadian selamat. Sinar

Dua maut, tiga parah Kancil dinaiki terlibat nahas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker