Arabian Dangdut Night Kuala Terengganu menjolok mata

Tangkap layar video tular memaparkan aksi persembahan penyanyi dengan berpakaian menjolok mata di sebuah hotel di pusat bandar Kuala Terengganu.

 

KUALA TERENGGANU – Penganjur pesta Arabian Dangdut Night yang menampilkan penyanyi seksi berpakaian wanita memberikan alasan tidak tahu garis panduan hiburan dan etika persembahan di Terengganu.

Rohana Dol berkata, acara tersebut diadakan pada 25 Mac lalu atas permintaan seorang lelaki yang inginkan kejutan sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya.

“Saya adakan program ini kerana mahu tolong rakan yang ingin berikan kejutan kepada isterinya.



“Saya tidak rasa ia tidak menjadi satu kesalahan kerana program ini dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri kenalan terdekat sahaja,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Anak kelahiran Terengganu itu juga tidak arif mengenai Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

“Saya tidak tahu wujudnya peraturan tersebut, lagipun ia merupakan acara tertutup jadi saya rasa tidak salah untuk buat program begini,” katanya.

Dalam pada itu, Rohana turut mempersoalkan kewujudan pusat karaoke di Terengganu dan mendakwa kononnya kesalahan itu bukan hanya dilakukan oleh pihaknya.



“Kalau saya salah kenapa di Terengganu boleh ada pusat karaoke? Jadi tidak boleh letakkan kesalahan begini bulat-bulat kepada pihak saya,” katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri pada Jumaat memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan hotel pada Ahad untuk mendapatkan penjelasan.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Mohd Nor Hamzah berkata, sedia mendengar penjelasan termasuk daripada penganjur kerana mungkin terdapat salah faham atau tiada maklumat mengenai garis panduan hiburan di Terengganu.

Katanya, acara yang diadakan pada 25 Mac lalu tidak wajar diadakan malah ia disifatkan sebagai mencemar bulan yang penuh mulia dalam tempoh umat Islam menyambut kedatangan Ramadan.



Sebelum ini tular video durasi 25 saat menerusi aplikasi TikTok memaparkan aksi persembahan penyanyi dengan berpakaian menjolok mata di sebuah hotel di pusat bandar Kuala Terengganu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker