Dini reda Janna bipolar, selalu beri semangat

Dini reda Janna bipolar, selalu beri semangat

Pelakon Dini Schatzmann, 28, mengaku sudah lali berdepan masalah bipolar yang dihidapi isterinya, Janna Nick.

Dini yang membintangi filem Malbatt Misi Bakara sentiasa berada di sisi Janna untuk memberi semangat, termasuk dalam serangan terkini dialami isterinya, baru-baru ini.



“Beberapa hari sebelum kejadian, Janna beritahu dia dapat rasa seperti bakal diserang kemurungan dan sangat ‘down’.

“Jadi, cara saya untuk tangani masalah adalah dengan menjadi sistem sokongan dan bahu tempat isteri bersandar.

“Mereka (penghidap bipolar) tidak minta apa-apa pun, cukup ada orang yang boleh dengar apa yang hendak diluahkan sahaja,” katanya.

Dini berkata, jadual penggambaran Janna yang tidak menentu mungkin menyebabkan dirinya mudah berdepan kemurungan.



Selepas berkahwin pada 10 Jun lalu, Dini menambah, mereka hanya dapat berehat dan berbulan madu selama lima hari sebelum Janna kembali ke set penggambaran.

“Baru-baru ini, Janna terbabit dengan penggambaran dari jam 8 malam hingga 6 pagi. Mungkin disebabkan tidak cukup tidur dan rehat, selain terpaksa berulang alik ke lokasi yang jaraknya agak jauh, beri kesan emosi kepada penghidap ‘bipolar disorder’ seperti Janna.

“Orang yang menghidap bipolar ada dua fasa. Peringkat pertama, dia teruja hendak buat semua benda. Fasa satu lagi, mereka tidak mahu keluar rumah, bersiap atau jumpa orang.

“Mereka juga cenderung berfikir terlalu banyak. Kadang-kala, mereka tidak ada masalah. Tetapi, otak mereka terlalu banyak berfikir hingga disangka ada masalah.



“Jadi, kalau Janna risau, saya perlu tenangkan dan sentiasa ingatkan bahawa dia sebenarnya okay,” katanya.

Berkongsi kehidupan berumah tangga, Dini mengaku melalui fasa bahagia kerana setiap kali pulang dari kerja, ada insan istimewa menanti di rumah.

Bagaimanapun, Dini menambah, mereka perlu bekerja keras kerana banyak wang dihabiskan untuk majlis perkahwinan dan proses berpindah ke rumah baharu, kelak.

“Siapa tahu jika ada rezeki anak, kami kena fikirkan persiapan untuk anak. Soal anak kami serahkan kepada rezeki. Jika ada rezeki dapat anak awal, kami terima,” katanya.



Dini dan Janna bernikah pada 10 Jun lalu setelah hampir empat tahun berkenalan. Pasangan itu memilih bernikah secara tertutup di Masjid A’shah Sungai Menghulu, Langkawi. BH

Dini reda Janna bipolar, selalu beri semangat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker