Nurul Izzah bakal buat kejutan dalam pemilihan PKR?

Nurul Izzah bakal buat kejutan dalam pemilihan PKR?

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dijangka akan mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya sebelum ini pada pemilihan parti PKR pada Mei ini.

Sumber mendedahkan, Nurul bakal membuat pengumuman mengenainya dalam beberapa hari lagi walaupun sebelum ini ada spekulasi mendakwa beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan kali ini.

Beliau yang pernah menang jawatan Naib Presiden PKR sebelum ini dengan undian paling tinggi dikatakan akan menerajui arus perjuangan baharu dalam pemilihan kali ini.



“Kemunculan Nurul Izzah yang dilihat bergandingan bersama dengan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam beberapa siri forum dan temubual di media telah mengesahkan lagi desas-desus dalam kalangan ahli serta menarik perhatian ramai untuk mengetahui hala tuju politik Puteri Reformasi itu.

“Kehadiran beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Gombak dipimpin oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari seolah-olah memberi bayangan tentang adanya satu gerakan sedang digemblengnya.

“Ingat ya, PKR telah mencatatkan prestasi buruk dalam tiga siri PRN baru-baru ini dengan kekalahan demi kekalahan malah kepimpinan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) menjadi persoalan serta mendapat tekanan dari pimpinan tertinggi gabungan Pakatan Harapan (PH) sendiri.

“Kemerosotan sokongan ketara itu telah menimbulkan wacana dan kesedaran ahli serta penyokong tentang perlunya parti menonjolkan barisan kepimpinan baru lebih segar, berwibawa serta dinamik untuk memacu PKR menjadi parti diyakini rakyat,” kata sumber itu panjang lebar.



Kata sumber itu lagi, Nurul Izzah bukanlah tokoh asing dalam landskap politik Malaysia malah telah menggerakkan perjuangan parti lebih 24 tahun.

“Jika ada yang tidak tahu, beliau telah memegang jawatan Naib Presiden PKR selama tiga penggal berturut-turut dan juga tiga penggal sebagai ahli Parlimen.

“Kehadirannya juga sebenarnya pasti menjadi sandaran terbaik PKR menawarkan barisan kepemimpinan muda berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin arus perjuangan baru PKR. Kita nantikan kejutan dalam beberapa hari lagi,” ujarnya.

Pemilihan PKR bagi penggal 2022-2025 akan berlangsung 13 hingga 18 Mei ini.



Sebelum ini, Nurul Izzah pernah membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang pada 2018.

Bagaimanapun, beliau tidak pernah berhenti bersuara secara lantang malah antara wakil rakyat yang berani mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. MG

Nurul Izzah bakal buat kejutan dalam pemilihan PKR?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker