Shanghai mula kurung penduduk hari ini

Shanghai mula kurung penduduk hari ini

SHANGHAI: Penduduk Shanghai bergegas untuk membeli barangan runcit semalam sebagai persediaan untuk menjalani perintah berkurung berkuatkuasa esok bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dari terus merebak.

Hab kewangan China, yang mempunyai 26 juta penduduk, akan menjalani penutupan dua peringkat selamat empat hari.

Pihak berkuasa juga membahagikan bandar itu dengan Sungai Huangpu sebagai sempadan iaitu di barat sungai dari wilayah kewangan dan perindustrian timur Pudong.

Pengangkutan awam di kawasan barat sungai itu akan ditutup dan penduduk terkurung dalam rumah mereka mulai jam 3 pagi esok (waktu tempatan).

Di tengah Shanghai, penjual sayur dan penjual daging sibuk menjaja barangan mereka dari sebalik penghadang dan di kaki lima, malah restoran juga menawarkan stok mereka dengan diskaun besar, bagi mengurangkan kerugian.

Sekatan dua peringkat di bandar itu akan bermula di daerah timur pada Isnin ini dan dijangka ditarik balik pada jam 5 pagi pada hari Jumaat waktu tempatan.

Bagaimanapun, sesetengah penduduk memberitahu Reuters bahawa mereka bersedia dikurung lebih lama, terutama apabila jumlah kes baharu COVID-19 terus meningkat.

Timbalan Setiausaha Agung Shanghai, Ma Chunlei, dalam sidang akhbar hari ini berkata, pegawainya akan melihat keputusan ujian dan berunding dengan pakar untuk menentukan bagaimana penarikan balik peringkat pertama penutupan akan dilakukan.

Pihak berkuasa Shanghai hari ini berkata, beban kes COVID-19 harian di bandar itu berkurangan buat kali pertama dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Sejumlah 5,298 kes baharu tanpa gejala tempatan dan 355 kes bergejala dilaporkan semalam, berbanding 5,656 kes tanpa gejala dan 326 kes baharu dengan gejala dilaporkan sehari sebelumnya.

Shanghai menyumbang hampir 80 peratus daripada kes tempatan tanpa gejala yang dilaporkan di seluruh China semalam selain mencatatkan kira-kira 20 peratus daripada kes bergejala di seluruh China. BH

Shanghai mula kurung penduduk hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker