Kejam! Mayat bayi perempuan baru lahir dicampak dalam parit

MAYAT bayi perempuan disyaki baru dilahirkan dijumpai di dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di Parit hari ini.

Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dijumpai di dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat penemuan bayi itu dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 3.15 petang.

Katanya, mayat bayi malang itu dijumpai dalam keadaan tanpa pakaian dengan tali pusat yang disyaki telah dipotong.

“Mayat bayi itu ditemui tenggelam di dasar parit. Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luar ditemui pada fizikal mangsa.



“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Changkat Melintang di Bota untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan



Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,



Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker