Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan antara pemimpin tertinggi paling banyak terlibat menguruskan hal ehwal COVID-19 sejak pandemik itu bermula ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dalam pemerintahan kerajaan sebelum ini sehingga menjadi Perdana Menteri sekarang.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau masih ingat bagaimana keluh kesah rakyat pada masa itu tersebut dan Ismail Sabri sebagai menteri yang diberi tanggungjawab perlu memberi penerangan dan menyampaikan maklumat mengenai COVID-19 kepada rakyat setiap hari.
“Ada kalanya dipuji dan ada kalanya dicerca dan sebagainya, sehinggalah sekarang Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang sedang mengemudi dan menangani fasa pemulihan negara yang sedang masuk ke fasa yang paling akhir sekali (iaitu fasa peralihan endemik,” katanya dalam wawancara bersama RTM kelmarin.
Katanya, beliau sedar betapa susahnya tempoh pemerintahan yang dilalui kerajaan pada masa itu dan kejayaan Malaysia sekarang menghadapi COVID-19 adalah satu kejayaan yang dicapai hasil daripada muafakat, kerjasama dan komitmen yang tinggi sekali diambil oleh kerajaan.
Ahli Parlimen Bera itu yang sebelum ini berada dalam kerajaan terdahulu adalah antara individu penting yang dipertanggungjawabkan bagi menyusun atur dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) selain langkah-langkah perlu untuk memastikan virus COVID-19 dapat diputuskan rantaiannya.
Meskipun pengumuman beliau khusus membabitkan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan aspek keselamatan negara menerusi ‘Op Benteng’ ada kala tidak digemari rakyat, namun sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan beliau harus mengambil pendekatan tertentu demi kemaslahatan rakyat.
Sepanjang menjawat jawatan menteri kanan, Ismail Sabri, 61, kerap mengingatkan rakyat mengenai kepentingan pematuhan SOP bagi membendung penularan COVID-19 yang boleh membawa maut.
Rintihan pengusaha perniagaan kecil sederhana (PKS) dan pasangan jarak jauh yang terkesan akibat pelaksanaan PKP, turut sentiasa menjadi antara tumpuan Naib Presiden UMNO itu.
Sebaik dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 7 Julai lepas, Ismail Sabri yang merupakan tokoh politik mudah didekati dan mesra rakyat, turut mengambil penekanan terhadap pematuhan SOP dalam sektor perkilangan, yang menurutnya merupakan antara penyumbang kluster tempat kerja.
Sebagai Menteri Pertahanan, beliau menggunakan kapasitinya itu untuk mewujudkan lebih banyak Hospital Medan bagi membantu mengurangkan bebanan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.
Mulai hari ini, Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik yang mana banyak peraturan ketat telah dilonggarkan termasuk membuka pintu sempadan negara kepada pelancong luar dan membenarkan rakyat negara ini keluar melancong dengan bebas.
Selain itu, aktiviti solat jemaah di masjid serta surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam juga boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Mulai hari ini juga, premis perniagaan dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis, apabila had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Utv
Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
Baca Artikel Menarik:
- Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina
- Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan
- Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video)
- Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi
- Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan
- Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir
- ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris
- Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’
- Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta
- Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi
- Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah
- Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.