“Conflict Of Interest” Hakim Nazlan Bakal Jadi Punca Najib Tidak Diberi Perbicaraan Yang Adil?

Oleh Nurul Aishah

RAKYAT Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat terhadap hakim Nazlan yang kini sedang menghakimi kes Datuk Seri Najib. Beliau dikatakan tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Memetik sumber Malaysia Today wujud “Conflict of interest” Hakim Nazlan maka tiada alternatif lain selain mengisytiharkan perbicaraan Najib sebagai satu perbicaraan yang salah dan perbicaraan baharu perlu diadakan.



Menurut sumber, ketika mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 6 September 2010, Maybank Investment Bank Berhad mencadangkan supaya sebuah Syarikat Sumber Strategik, yang dipanggil sebagai singkatan SRC, ditubuhkan (LIHAT MINIT MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH DI BAWAH).

Dalam tempoh itu, “group general counsel” dan “company secretary” Maybank adalah Muhammad Nazlan Mohd Ghazali (dari 2005 hingga 2015).

Nazlan adalah hakim yang sama dalam perbicaraan Najib Tun Razak membabitkan dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC.

SRC adalah idea Maybank dan Nazlan adalah penasihat undang-undang Maybank. Dan kini Nazlan menjadi hakim dalam kes melibatkan Najib dan SRC.



Jelas ini adalah konflik kepentingan dan Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Isunya adalah sama ada disebabkan konflik kepentingan Nazlan, perbicaraan Najib adalah “flawed trial” dan satu “mistrial” harus diisytiharkan.

Keadilan bukan sahaja mesti dilakukan tetapi juga mesti dilihat telah dilakukan. Dan dalam perbicaraan SRC Najib ini kini telah dipersoalkan.

Nampaknya tiada alternatif lain selain mengisytiharkan perbicaraan Najib sebagai satu perbicaraan yang salah dan perbicaraan baharu diadakan.



Kesimpulannya, dakwaan bahawa Najib tidak diberi perbicaraan yang adil kerana “Conflict Of Interest” Nazlan akan terus diperkatakan. Kita mohon para pakar perundangan tampil memberikan komen berkenaan perkara ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker