China tangguh serang Taiwan?

BEIJING: China didakwa menangguhkan semua rancangan pencerobohannya yang berpotensi ke atas Taiwan untuk sekurang-kurangnya empat tahun.

Lapor Daily Mail, dakwaan itu dibuat oleh Ketua biro perisikan Taiwan, Chen Ming-tong susulan insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Katanya, Presiden Xi Jinping kini akan menganalisis kegagalan rakan sejawatnya, Vladimir Putin sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas wilayah separa autonomi itu.

Menurut Ming-tong, Beijing tidak akan melancarkan serangan terhadap Taiwan sehingga tempoh pemerintahan Presiden, Tsai Ing-wen berakhir pada 2026.



“Pengajaran untuk China daripada krisis Ukraine-Rusia adalah negara itu tidak harus melancarkan peperangan dengan sesuka hati.

“Beijing kini akan mengkaji kelemahan Rusia dan menambah baik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).

“Sekiranya negara itu melancarkan peperangan maka ia akan menjadi serangan menyeluruh. Justeru, Taiwan harus menilai niat Beijing dengan skop kemungkinan yang luas,” katanya kepada Times.

Susulan insiden pencerobohan di Ukraine, Taiwan menegaskan akan melanjutkan perkhidmatan ketenteraan melebihi empat bulan dalam usaha memperkukuhkan lagi pertahanannya.



Ancaman China ke atas Taiwan semakin memuncak selama bertahun-tahun.

Dua negara itu ditadbir secara berasingan sejak Nasionalis berundur ke Taiwan pada akhir perang saudara China, 1949.

Taiwan kini merupakan sebuah negara demokrasi yang berkembang pesat namun Parti Komunis China (PKC) yang memerintah di tanah besar itu menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya.

Ketika ini hubungan antara Taipei dan Beijing suram sejak beberapa dekad lalu.



Taiwan berdepan tekanan ketenteraan dan politik untuk menerima pemerintahan China.

PUTIN TUNTUT MENYERAH

Dalam perkembangan berkaitan, Putin menegaskan serangan ke atas bandar Mariupol hanya akan berakhir apabila tentera Ukraine menyerah diri.

Menurut Kremlin dalam kenyataan, Putin memaklumkan perkara itu menerusi panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Namun, pegawai Perancis mendakwa pemimpin Rusia bersetuju untuk mempertimbangkan rancangan memindahkan orang awam dari bandar tersebut.

Rusia mencadangkan melaksanakan gencatan senjata selama sehari pada Khamis.

Kementerian Pertahanan memaklumkan gencatan senjata akan bermula pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) bagi membolehkan penduduk melakukan perjalanan arah barat ke Zaporizhzhia melalui pelabuhan Berdyansk yang dikawal oleh Rusia. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker