Rejim Zionis bunuh tiga rakyat Palestin menjelang Ramadan

ASKAR Israel melakukan rondaan di Jenin, wilayah Tebing Barat semalam. – AFP

JENIN, Wilayah Palestin – Pasukan keselamatan Rejim Zionis menyerbu sebuah bandar di Tebing Barat hari ini selepas Israel digemparkan oleh tiga serangan berdarah dalam tempoh seminggu, dengan dua rakyat Palestin ditembak mati dan individu ketiga dibunuh selepas dia melancarkan serangan menggunakan pisau di dalam sebuah bas.

Keganasan itu berlaku selepas seorang lelaki bersenjatakan raifal M-16 membunuh lima orang awam Israel di beberapa batang jalan di Bnei Brak iaitu sebuah bandar penganut Yahudi Ortodoks dekat Tel Aviv, malam kelmarin.

Insiden tembakan itu menyaksikan bilangan individu yang terbunuh semasa minggu keganasan melibatkan penduduk Israel berketurunan Arab dan Palestin meningkat kepada 11 orang. Perkembangan itu juga berlaku beberapa hari menjelang permulaan bulan Ramadan.

Pertumpahan darah terbaharu tercetus pagi tadi apabila tentera Israel menyatakan bahawa askarnya membalas tembakan selepas mereka ditembak semasa operasi menangkap sebilangan suspek di bandar Jenin, Tebing Barat.



“Semasa aktiviti itu, lelaki-lelaki bersenjata Palestin melepaskan tembakan ke arah askar kami. Pasukan tentera Israel melepaskan tembakan balas,” kata tentera Rejim Zionis dalam satu kenyataan sambil menambah, seorang askarnya dirawat di hospital.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan, tentera penjajah Israel membunuh dua rakyat Palestin, kedua-dua mereka lelaki dan masing-masing berumur 17 serta 23 tahun dalam kejadian di Jenin itu, manakala 15 yang lain cedera.

Tidak lama kemudian, seorang rakyat Palestin menikam penduduk awam Israel di dalam sebuah bas di bandar Baitul Laham, selatan Tebing Barat sebelum dia ditembak mati oleh soerang penumpang lain. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]



Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker