Iktiraf UEC bukan keutamaan KPM masa ini – Fadhlina

Iktiraf UEC bukan keutamaan KPM masa ini – Fadhlina

Usaha bagi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kementerian itu sebaliknya akan memberi tumpuan utama kepada usaha dan menangani cabaran ekonomi serta kos sara hidup dihadapi rakyat.

Beliau berkata, apa isu terkait rapat termasuk yang dibangkitkan sekarang seperti UEC akan dilihat dari semasa ke semasa.

“Apa-apa berkait dengan manifesto juga kita akan lihat semula kerana sekarang kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tidak lagi bercakap mengenai manisfesto Pakatan Harapan (PH) semata-mata,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya, Lim Hui Ying.

Sebelum ini, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

Pada masa sama, Dong Zong menyebut semua kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk mata pelajaran Sejarah digubal dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang dikeluarkan KPM.

Katanya, kurikulum SMPC juga menetapkan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan keadaan kepelbagaian pendidikan di negara ini.

Dong Zong dalam kenyataan sebelum ini juga memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.

Dalam kenyataan itu, mereka memahami kebimbangan masyarakat Melayu dan atas dasar itu pihaknya sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

Tindakan itu bagaimanapun, mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu. BH

Iktiraf UEC bukan keutamaan KPM masa ini – Fadhlina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker