Konsortium Transnasional raih kontrak bernilai RM139.88 juta daripada Probil
Konsortium Transnasional Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Transnational Builder Sdn Bhd menerima tambahan surat anugerah kedua daripada Probil Industries (M) Sdn Bhd membabitkan kontrak bernilai RM139.88 juta.
Ia adalah susulan daripada surat anugerah yang diterima daripada Probil pada 28 Februari 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Rabu.
Menerusi surat anugerah kedua itu, skop kerja membabitkan pembekalan bahan, alatan, peralatan, kerja sementara, buruh dan penyeliaan yang diperlukan untuk pembinaan dan menyiapkan kerja.
Ia membabitkan 561 unit rumah dan kedai di Desa 5, Desa 6, Desa 7 dan Desa 8, kerja-kerja infrastruktur tempatan dan kerja-kerja lain seperti yang ditetapkan dalam lukisan dan dokumen tender.
“Seperti ditetapkan dalam surat anugerah kedua ini, kerja-kerja pembersihan tapak, kerja tanah, tembok penahan dan kerja-kerja awal dijangka bermula pada 1 Julai 2024 manakala kerja-kerja bangunan dan infrastruktur tempatan pula bermula 1 Oktober 2024.
“Kesemua kerja ini sepatutnya disiapkan dalam tempoh 36 bulan daripada permulaan tarikh sebenar,” katanya.
Konsortium Transnasional menjangkakan tambahan kontrak ini tidak memberi kesan kepada modal saham dan pemegangan utama kumpulan memandangkan ia tidak membabitkan sebarang terbitan saham biasa.
“Bagaimanapun, surat anugerah kedua ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan geran kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya,” tambahnya. –DagangNews.com
Konsortium Transnasional raih kontrak bernilai RM139.88 juta daripada Probil
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM
- UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar B40 tiada laptop
- Nak kahwin 6 lelaki
- Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal
- Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza
- Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak
- Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut
- Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan
- Waran tangkap Norjuma gagal diserah
- DBP bidas Syed Saddiq
- Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui
- Rafizi sekadar batu api nak lagakan Najib, Muhyiddin – Sharkar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.