Kanak-Kanak Perempuan Sofia Raniya, 8 tahun Ditemui Selamat

Kanak-Kanak Perempuan Sofia Raniya, 8 tahun Ditemui Selamat

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tular di media sosial kerana dipercayai hilang dari sekolah di sini petang tadi, ditemui selamat.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Muhammad Idzam berkata kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.

“Ketika ini, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sedang mengambil keterangan ibu kanak-kanak itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan Sofia Raniya yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Cheras, selepas ibunya tidak menemui kanak-kanak itu di sekolah semasa mahu mengambilnya petang ini.

“Setiap hari saya atau ahli keluarga yang lain akan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, kami tidak menggunakan perkhidmatan van,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Sebaliknya, Ryana mendedahkan anaknya memberitahu dia telah diminta oleh seorang lelaki untuk menaiki sebuah van, sebelum kemudian meninggalkannya lobi sebuah pangsapuri.

Ryana berkata berkata beliau menerima panggilan daripada pihak polis pada 9.30 malam ini, memberitahu anak perempuannya telah ditemui dalam keadaan selamat.

“Saya difahamkan polis menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di pangsapuri berkenaan, melaporkan mengenai seorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri di lobi pangsapuri berkenaan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menghebahkan kehilangan anaknya itu, sehingga berjaya ditemui dalam keadaan selamat.-AA

Kanak-Kanak Perempuan Sofia Raniya, 8 tahun Ditemui Selamat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker