Covid-19: 13,336 kes baru, 54 kematian
Covid-19: 13,336 kes baru, 54 kematian
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 13,336 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini mencecah 4,152,203.
Angka ini bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding purata 20,179 kes dalam tempoh tujuh hari.
Kali terakhir kes harian baru Covid-19 direkodkan serendah ini adalah pada 8 Feb lalu.
Kes aktif, angka kematian, kemasukan ke hospital dan kemasukan unit rawatan rapi (ICU) juga menunjukkan penurunan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kebolehjangkitan (Rt) adalah 0.93.
Rt di bawah 1.00 menunjukkan penularan Covid-19 yang semakin perlahan.
Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (6,509)
Kuala Lumpur (1,317)
Johor (856)
Kedah (779)
Pulau Pinang (640)
Negeri Sembilan (488)
Perak (482)
Sarawak (470)
Terengganu (418)
Pahang (413)
Kelantan (328)
Melaka (309)
Sabah (194)
Perlis (52)
Putrajaya (49)
Labuan (32)
Sementara itu sebanyak 54 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 16 berlaku di luar hospital.
Selangor mencatatkan 13 kematian diikuti Perak (9), Kuala Lumpur (8), Kedah (5), Negeri Sembilan (5), Johor (3), Sarawak (3), Terengganu (3) , Kelantan (2), Melaka (2) dan Pulau Pinang (1).
Sepanjang minggu lalu, purata 54.3 orang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak berkenaan, berbanding purata 74 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.
Sebanyak 34,842 kematian akibat Covid-19 direkodkan sejak wabak itu melanda pada Mac 2020.
Sebanyak 2,094 kematian direkodkan pada bulan ini berbanding 770 kematian pada Februari dan 491 kematian pada bulan sebelumnya.
Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 1,046 kematian bagi setiap 1 juta penduduk dan keempat terburuk di Asia.
Sebanyak 4,988 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 288 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.
Menurut Noor Hisham, penggunaan katil khusus untuk pesakit Covid-19 di hospital melebihi 50 peratus kapasiti di Kuala Lumpur dan Selangor.
Bagi katil bukan ICU pula, kadar penggunaan adalah tertinggi di Putrajaya (87 peratus) dan Selangor (73 peratus).
Covid-19: 13,336 kes baru, 54 kematian
Baca Artikel Menarik:
- Penjaja sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan
- Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar
- Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar [VIDEO]
- Mabuk punya pasal
- BN anak tirikan P. Pinang, Najib dedahkan lagi putar belit DAP
- Nusantara bakal mengubah ekonomi Indonesia
- Najib luluskan kemudian Kerajaan PH tangguhkan dan swastakan projek kepada kroni
- 2 artis berdepan hukuman gantung
- Biden hilang akal dan cakap tak pakai otak
- Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau
- Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa
- Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.