Banjir kilat datang lagi landa ibu negara
PETALING JAYA: Banjir kilat kembali melanda di beberapa lokasi di ibu negara setelah hujan lebat sejak pukul 4 petang ini.
Menurut laporan Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), banjir mula melanda di Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Tun Razak, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Thambi Dollah, Jalan Cochrane dan Jalan Travers.
Hujan lebat menyebabkan air bertakung di beberapa kawasan antaranya Jalan Changkat Thambi Dollah yang menambahkan lagi kesesakan dari susur Jalan Pudu ke Kg. Pandan.
Hujan lebat juga menyebabkan insiden pokok tumbang di Jalan Syed Putra yang menghalang lalu lintas di semua laluan sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Jalan Istana menghala ke Mid Valley.
Ia juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Stesen KL KTM, Pasar Seni, Jalan Kinabalu dan Jalan Loke Yew.
Di Jalan Pudu, ITIS memaklumkan, air bertakung di kedua-dua arah lorong berhampiran Hospital Tung Shin, dengan pemandu dinasihatkan emandu berhati-hati dan mencari laluan alternatif lain.
Cuaca buruk di sekitar ibu negara juga menambah kesesakan di Jalan Damansara, Jalan Sungai Besi, Lebuhraya Salak dan Lebuhraya Bukit Jalil.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengeluaran KWSP melalui portal khas, satu bayaran sahaja
- Pengunjung Berjoget Lupa SOP Di Konsert Pesta Makanan (Video)
- Hamzah patut tanya AbahKau kenapa ponteng parlimen
- Tak tolak Zul Ariffin
- Rayuan banduan akhir rakyat Malaysia ditolak Mahkamah Singapura
- Harga minyak global jatuh selepas Shanghai ditutup
- ‘Saya Melampaui Batas Dan Saya Salah’ – Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock [VIDEO]
- Kantoi sembang lucah, bapa ditahan rogol anak kandung
- Pertemuan Bung-Musa cetus perbualan di Sabah
- Kerajaan wajar tentu tempoh masa penggunaan MySejahtera, MySJTrace – Tok Mat
- Askar Rusia didakwa serah kereta kebal demi wang tunai, kewarganegaraan Ukraine
- Najib saman Chegubard
Layari Laman Facebook MYKMU.NET