Tian Chua tak pertahan jawatan Naib Presiden PKR

Tian Chua tak pertahan jawatan Naib Presiden PKR

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak penubuhan parti itu pada 1999 untuk “menurunkan suhu” dalam parti daripada persaingan sengit bagi merebut jawatan dalam pemilihan yang dijadualkan pada Mei.

Bagaimanapun tegasnya, beliau tidak bersara daripada politik dan akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Bahagian Batu.



“Saya adalah antara empat naib presiden tetapi, seperti yang kita tahu, tiga daripada mereka telah pergi.

“Saya adalah satu-satunya penyandang yang tinggal, tetapi saya memberi laluan untuk mengelakkan parti berdepan pemilihan yang sukar pada Mei.

“Apa yang anda boleh lihat, suhu semakin meningkat dalam parti ketika pemilihan semakin hampir. Ini tidak bagus untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika dihubungi FMT.

Naib Presiden lain adalah Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan pada 2018 tetapi kekal sebagai ahli, Zuraida Kamaruddin yang meninggalkan parti untuk menyertai Bersatu selepas Langkah Sheraton pada 2020 dan Xavier Jayakumar yang memilih untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN) tahun lalu.



Tian Chua berkata beliau mungkin bertanding untuk kerusi Parlimen Batu, yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013.

Beliau gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya lalu kerana hilang kelayakan. Pencalonannya ditolak kerana denda RM2,000 daripada kes mahkamah yang telah dibayarnya pada 2010.

“Saya kini menumpukan usaha untuk membina sokongan akar umbi sebagai persediaan menjelang PRU15 yang pastinya diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang. Kita tidak banyak masa dan saya berharap ahli PKR sedar bahawa PRU lebih penting,” katanya.

Katanya, pemimpin PKR harus sedar bahawa usaha menghalang Umno dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi tumpuan utama mereka dan bukannya merebut kedudukan dalam parti.



“Kita mesti ingat bahawa pilihan raya akan datang akan menyaksikan banyak persaingan, dengan ramai muka baharu. Jadi kita perlu memperkukuhkan akar umbi kita untuk menghadapi cabaran baharu itu.”

Menurut sumber parti, terdapat usaha untuk menyingkirkan pemimpin yang menyokong bekas Timbalan Presidennya, Azmin Ali yang menjadi dalang di sebalik kejatuhan Pakatan Harapan (PH) selepas Langkah Sheraton. FMT

Tian Chua tak pertahan jawatan Naib Presiden PKR


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker