Tular video wanita dipukul di tangga, bapa buat laporan polis

Tular video wanita dipukul di tangga, bapa buat laporan polis

Georgetown: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan seorang wanita dipukul di tangga di sini.

Laporan diterima daripada seorang lelaki pada Ahad lalu yang mendakwa wanita dalam video itu adalah anak perempuannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki itu mendakwa anaknya keluar dari bandar ini sejak Disember tahun lalu berikutan masalah keluarga.

Katanya, sejak itu mangsa yang berusia 24 tahun tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi keluarga.

“Sehingga kini, tidak dapat dipastikan kedudukan atau lokasi keberadaan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi lima minit dan 31 minit memaparkan wanita terbabit dipukul berkali-kali di kawasan tangga. HM

Tular video wanita dipukul di tangga, bapa buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker