Singapura adakan solat Jumaat dua sesi

Singapura adakan solat Jumaat dua sesi

Bermula 1 April ini, jemaah di Singapura boleh menunaikan solat Jumaat dalam dua sesi.

Berita MediaCorp melaporkan, jemaah hanya perlu menempah slot untuk solat Jumaat pada sesi pertama sahaja.



Untuk mereka yang mahu menunaikan solat Jumaat pada sesi kedua, tidak perlu menempah slot sebaliknya boleh terus ke masjid untuk menunaikan solat, bergantung kepada ruang sedia ada.

Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Kadir Maideen berkata, semua masjid akan menawarkan hanya dua sesi solat Jumaat.

“Dengan perubahan ini, saya ingin meminta kerjasama masyarakat untuk memberi peluang kepada mereka yang mempunyai masa terhad pada waktu makan tengah hari mereka untuk membuat tempahan dan menghadiri sesi pertama solat Jumaat.

“Bagi mereka yang mempunyai masa luang yang agak panjang, saya menggalakkan mereka untuk menghadiri sesi kedua.



“Pelajar sekolah juga digalakkan untuk menghadiri sesi kedua selepas habis waktu sekolah,” katanya selepas meninjau sesi solat Jumaat di Masjid Kassim.

Selain itu, jumlah jemaah yang dibenarkan menunaikan solat jemaah pada satu-satu masa juga akan dinaikkan kepada 75 peratus daripada kapasiti masjid, berbanding 50 peratus kapasiti masjid ketika ini.

Menurutnya, jemaah boleh solat di kawasan solat yang ditetapkan dan tidak perlu mengikut zon yang dibuat sebelum ini. HM

Singapura adakan solat Jumaat dua sesi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker