Polis siasat tular aksi bahaya 3 kanak-kanak dalam kenderaan
Polis siasat tular aksi bahaya 3 kanak-kanak dalam kenderaan
IPOH: Polis sedang menyiasat isu tular menerusi video menunjukkan aksi berbahaya tiga kanak-kanak dalam sebuah kereta dipercayai dirakamkan di Jalan Tambun di sini hari ini.
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya mengesan video berdurasi seminit dua saat itu di laman Facebook memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan kepala daripada sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya.
“Kejadian disyaki berlaku di Jalan Tambun pada tarikh dan masa yang belum dikenal pasti dan video itu didapati tular di media sosial serta mendapat perhatian masyarakat umum.
“Dalam perkara ini polis daerah Ipoh telah menerima satu laporan mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis kini sedang mengesan individu terlibat dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. FMT
Polis siasat tular aksi bahaya 3 kanak-kanak dalam kenderaan
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET