Keguguran rambut kronik, Lisa Surihani jual syampu
Keguguran rambut kronik, Lisa Surihani jual syampu
MENGALAMI keguguran rambut yang kronik selepas melahirkan anak, pelakon dan pengacara popular Datin Lisa Surihani nekad mengeluarkan syampu khas untuk merawat masalah tersebut bawah jenama Suri.
Menurut Lisa, 36, idea mengeluarkan syampu tersebut timbul apabila dia bertemu dengan produk yang dapat mengatasi masalah keguguran rambut di sebuah salon selepas puas mencuba pelbagai jenis syampu.
“Masalah keguguran rambut yang saya alami sangat teruk, bukan berhelai-helai tetapi bergumpal-gumpal sehingga menyebabkan saya tertekan. Saya tertanya kepada diri, adakah ini aku yang sekarang?
“Saya sedar masalah keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal. Namun, apa yang tidak normal adalah rambut saya gugur seperti orang sakit dan masalah tersebut berlarutan untuk satu tempoh yang panjang.
“Seperti orang lain, saya mencuba pelbagai produk yang dikatakan bagus untuk masalah rambut gugur, tetapi mungkin tidak sesuai dengan saya. Akhirnya, saya mencuba satu syampu rambut yang dikeluarkan oleh sebuah salon dan nampak perubahan yang positif,” ujar Lisa.
Buka hati
Mahu berkongsi manfaat bersama orang ramai, Lisa bertemu dengan pakar rambut, C Michael of London dan hasil pertemuan tersebut membawa kepada kewujudan produk Suri yang mengandungi syampu, pelembab dan serum.
Menariknya, syampu yang dikeluarkan Lisa bebas daripada silikon dan paraben yang biasanya terdapat dalam produk penjagaan rambut.
“Produk syampu Suri diformulasi daripada epal hijau Sweden dan selepas memakainya sendiri serta yakin dengan perubahan positif, barulah saya berani untuk keluarkan di pasaran.
“Saya tidak akan mengeluarkan produk yang saya sendiri tidak gunakan. Alhamdulillah, meskipun masih baharu dan hanya dijual secara dalam talian, produk Suri telah pun memasuki pasaran Singapura dan terdapat permintaan di Brunei serta Indonesia.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang produk Suri akan turut berada di farmasi dan pasar raya tidak lama lagi,” kongsinya ketika dihubungi baru-baru ini.
Tambah ibu kepada Yahaira Leanne, 7, Yusof Leonne, 5, dan Yunos Laith yang kini berusia sembilan bulan, meskipun peluang perniagaan terbuka luas sejak sekian lama, namun hatinya hanya terbuka untuk memulakan bisnes pada tahun ini.
“Memang ramai selebriti berniaga dan peluang itu sentiasa ada. Cuma tahun ini barulah hati saya terbuka serius dalam perniagaan. Walaupun perniagaan ini bukanlah 100 peratus milik saya kerana mempunyai pelabur yang lain, banyak yang saya pelajari.
“Bukan mudah menghasilkan satu produk, sangat memenatkan dan menuntut komitmen yang tinggi. Saya bersyukur kerana dapat bersama-sama dari proses awal hingga akhir,” ujarnya.
Biarpun semakin sibuk dengan perniagaan yang baru mula menapak, isteri kepada pengarah dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim itu bagaimanapun tetap meneruskan karier dalam bidang seni.
“Perniagaan berjalan seiring dengan kerjaya hakiki dan tugas sebagai ibu. Saya akan kembali ke set penggambaran sebuah telefilem dan mengacarakan sebuah program tidak lama lagi.
“Apa yang pasti, tahun ini jadual saya memang lebih sibuk dan padat selepas lama berehat kerana Covid-19 dan hamil anak ketiga sebelum ini,” kata Lisa. FMT
Keguguran rambut kronik, Lisa Surihani jual syampu
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET