Mat Salih pun nak berlakon cerita Melayu – Aiman Wayne

Mat Salih pun nak berlakon cerita Melayu – Aiman Wayne

KELIBAT lelaki kacukan Melayu- Inggeris ini mungkin belum lagi menjadi kebiasaan di kaca televisyen tempatan.

Tetapi, kalau di media sosial, Aiman Wayne, kebelakangan ini memang dikenali ramai gara-gara keletahnya cuba mempelajari bahasa Melayu spesifiknya dalam dialek Kelantan, gara-gara ayahnya merupakan seorang anak jati negeri Che Siti Wan Kembang.



Namun siapa sangka, dalam keupayaannya mencuri perhatian di platform media sosial, akhirnya Aiman memperoleh rezeki untuk meluaskan kerjaya dalam bidang seni.

Kini bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat Mask Team, Aiman kini sanggup meninggalkan negara kelahirannya, United Kingdom (UK) untuk menetap di Malaysia dan meneroka potensi yang ada pada dirinya.

Bakal muncul dalam satu program travelogue jelajah seluruh Malaysia, Aiman berbahagi kisahnya khas buat pembaca yang budiman.

Sanggup ya Aiman tinggalkan UK demi Malaysia. Boleh kongsikan sedikit cerita?



Saya melihat negara ini mempunyai nilai kekeluargaan yang sangat tinggi. Adik-beradik, mak, ayah nenek semua tinggal sekali kalau boleh. Kemudian di Malaysia juga ada pelbagai jenis makanan. Komuniti di sini juga saya lihat saling menyokong antara satu sama lain. Saya pernah datang ke Malaysia pada usia 16 tahun dan sudah lama jatuh cinta.Kemudian tahun seterusnya saya ke sini lagi dan tinggal di sini kira-kira 2 bulan. Bila sudah 18 tahun, terus nekad nak menetap di sini. Tetapi kerana pandemik Covid-19, saya tinggal di UK dahulu. Jadi macam mana nak berinteraksi dengan orang Kelantan tetapi tinggal di UK? Maka saya buatlah video dan muat naik di Youtube untuk memberitahu betapa saya cintakan Malaysia. Sekarang, saya dalam proses untuk mengenali diri yang ada darah Melayu sebelah bapa.

Aiman dah fasih berbahasa Melayukah sekarang?

Belum lagi. Baru saja nak mula dan sebenarnya ia akan jadi lebih mudah jika orang bercakap Melayu dengan saya. Kalau belajar sendiri atau macam di sekolah, ia akan mengambil masa yang sangat lama, mungkin sampai 4 tahun. Bagi saya, cara terbaik untuk belajar sesuatu bahasa adalah dengan bercakap menggunakan bahasa yang ingin dipelajari. Dulu, ketika membesar, saya berbahasa Inggeris, kemudian saya belajar pula kecek Kelate. Dan sekarang saya mahu belajar bahasa Melayu kerana saya mahu sertai dunia hiburan. Saya nak jadi pengacara dan pelakon di masa akan datang. Jadi Bahasa Melayu itu wajib!

Minat dengan budaya Melayu, apa agak-agaknya yang paling dsukai tentang budaya di sini?



Setiap negara budayanya berbeza. Contoh, kalau adab makan di Malaysia, boleh makan di atas lantai. Dilarang lalu depan orang makan. Sekecil-kecil etika saya belajar. Saya cuba serasikan diri dengan budaya Malaysia dan berasa disinilah tempat saya. Bercakap fasal perayaan, memang seronok kerana saya dapat lalui pelbagai sambutan perayaan. Kalau di UK, orang Islam tak ramai, saya beraya sendirian di UK. Pengalaman puasa pon ada pro dan kontra. Kalau di UK, sejuk, tetapi tempoh masa puasa lama. Di Malaysia pula panas, tempoh masa puasa pendek. Saya harap tahun ini saya dapat merasai sambutan Raya dengan meriah.

Susah tak jalani hidup sebagai seorang Muslim di negara sendiri?

Di UK, ada saja orang Islam tapi orang bukan Islam suka menilai dan mereka meletakkan sesuatu imej pada Islam. Ketika saya di sekolah, kami tidak diajar perkara yang positif tentang Islam, semuanya negatif. Ketika usia 17 tahun, saya belajar tentang agama di Kelantan dengan makcik dan pakcik saya. Seronok rasanya dapat belajar di Kelantan. Bagaimanapun ramai juga yang memberi komen atau mesej di media sosial mengatakan saya bukan Islam. Mereka persoalkan agama saya. Islam di Malaysia dan UK ternyata berbeza. Di sini agama saling berkait dalam komuniti.

Jika ada yang anggap Aiman cuba nak raih populariti dengan belajar budaya Melayu, apa komen anda?



Apa yang saya buat setakat ini, saya ikhlas. Dah banyak kandungan budaya Kelantan saya hasilkan. Memang saya mahu belajar tentang Kelantan dan Malaysia, bukan mahu ambil kesempatan. Apatah lagi saya hanya tahu separuh saja warisan budaya kedua-dua ibu bapa saya. Saya nak kenali lebih separuh lagi budaya yang saya tidak tahu iaitu Malaysia. Setiap kandungan yang dipaparkan adalah kerana saya mahu tahu apa yang saya tercicir selama ini.

Khabarnya Aiman ada merancang nak jual kain pelikat lepas ini. Betulkah?

Jujurnya, saya sukakan kain pelikat. Saya lihat ayah memakainya ketika saya berusia 8 tahun. Apabila cuti di Malaysia, saya siap tanya ayah, boleh ke beli kain pelikat untuk saya? Dan setiap kali selepas sekolah, saya akan pakai. Cuma bila kawan datang ke rumah, mereka terkejut, “Aiman why are you wearing skirt?” Saya rasa boleh juga buat perniagaan memandangkan kain pelikat ini sangat selesa dan boleh diguna pakai untuk pelbagai situasi.

Apa pula pandangan Aiman tentang wanita Melayu? Mana tahu satu hari nanti terjatuh cinta…



Saya suka gadis Melayu semestinya kerana sifat lemah lembut, mengambil berat dan memiliki karakter yang sangat berbeza. Mereka buatkan anda sangat bernilai. Segan pula nak bercakap tentang hal ini tetapi dulu saya pernah bercinta dengan wanita Melayu. Apapun saya suka wanita Melayu bertudung. Apapun asalkan wanita itu mempunyai hati yang baik, saya terima dan merancang untuk membina keluarga di sini.
Utusan

Mat Salih pun nak berlakon cerita Melayu – Aiman Wayne


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker