Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) berkata kerajaan telah hilang asas moral untuk terus memerintah apabila tewas dalam undian belah bahagi berkaitan subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) semalam.
Katanya, meskipun belum ada duluan, mengikut amalan demokrasi yang diamalkan di United Kingdom, sekiranya kerajaan kalah dalam mana-mana usul atau rang undang-undang (RUU), jalan yang betul adalah untuk “kembali mendapatkan sokongan daripada pengundi”.
Walaupun menerima penjelasan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bahawa pembangkang tidak melanggar memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan apabila tidak menyokong usul itu, kata Nazri, “politik juga adalah tentang persepsi”.
Di mata rakyat, kata ahli parlimen Umno itu, kerajaan Keluarga Malaysia yang sepatutnya memiliki majoriti, telah kalah dalam undian usul, tidak kiralah apa pun sebab di sebaliknya.
“Faktanya, kita kalah usul. Jalan yang betul sekarang adalah kembali kepada rakyat, iaitu kita mempunyai alasan sekarang untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU).
“Ini bukan keputusan saya, ini keputusan parti saya. Kalau mereka fikir mereka harus kembali kepada rakyat untuk meminta pengundi memilih (kerajaan baru), itu hak mereka.
“[…] Pada saya, dalam soal ini, kami telah kehilangan asas moral untuk terus menjadi kerajaan. Jadi saya serahkan kepada parti saya untuk membuat keputusan,” katanya.
‘Keadaan dah berbeza’
Nazri sebelum ini menentang tuntutan supaya pilihan raya umum disegerakan.
Bagaimanapun hari ini pendiriannya berubah kerana “keadaan sudah berbeza”.
“Tapi hari ini saya tiada asas moral untuk berdiri di sini dan mengatakan bahawa kita tak perlu membubarkan parlimen.
“Pada pandangan saya, sukar untuk kami berdiri di sini hari ini untuk terus mentadbir kerajaan kerana kita telah hilang asas oral, dan kita telah kalah usul,” katanya lagi.
Dia berkata demikian ketika membahaskan RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 bagi mengecualikan raja-raja dan kerabatnya daripada daftar pemilih pilihan raya.
Nazri menjadi tokoh Umno terbaru mengubah pendirian, selepas semalam Annuar Musa berkata MOU telah terbatal, susulan pembangkang menolak usul itu.
Dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, terdapat desakan yang ketara bagi menuntut PRU15 disegerakan, rentetan daripada kemenangan berturut-turut BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Namun, ahli Umno yang menjadi ahli kabinet dalam kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajui naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, dilihat tidak cenderung pada gesaan itu.
Setakat yang diumumkan dalam Perhimpunan Agung Umno, tarikh PRU15 dikatakan akan dibincangkan selepas Julai 2022, seperti dipersetujui dalam MOU berkenaan. Mk
Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa
You must be logged in to post a comment.