MoU Juga Bukan Kitab Suci

Oleh Nurul Aishah

PAKATAN Harapan(PH) bertungkus lumus menipu rakyat dari dahulu sehingga kini, terlalu sinonim PH dan tipu. Apa sahaja kesempatan yang ada, mereka tanpa segan silu akan berbohong kepada rakyat.

Dahulu Pakatan Rakyat mendedahkan bahawa Manifesto pilihan raya PH bukan kitab suci untuk dilaksanakan. Ianya sekadar janji palsu untuk memperbodohkan pengundi. Kini PH membuktikan sekali lagi bahawa MoU mereka juga bukan kitab suci yang perlu dipegang dan dihormati.

Tambah menjengkelkan lagi apabila PH cuba menyalahkan pihak lain atas salahlaku mereka.

PH mendakwa tolak undi untuk melanjutkan tempoh rang undang-undang mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) bukan usaha PH tidak tepati janji dan MOU dengan kerajaan. Mereka menuduh Datuk Seri Najib Razak pula yang cuba mengagalkan MOU kerajaan disebabkan beliau tidak hadir untuk mengundi. Pada hari pengundian tersebut beliau berada di mahkamah sehingga petang. PH tak habis-habis memfitnah Datuk Seri Najib.

Individu yang tidak hadir tanpa alasan kukuh adalah presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang. Adakah mereka ini yang sebenarnya mahu mengagalkan MOU supaya PRU15 akan dilaksanakan dalam masa terdekat?

Persoalannya, mengapa PH tidak tepati janji manifesto untuk mansuhkan SOSMA ketika PH memerintah selama 22 bulan? Kenapa mereka hanya ingat kembali pada SOSMA ketika kerajaan campuran memerintah? Tambahan pula, rakyat semua tahu bahawa manifesto PH hanya janji palsu yang tidak perlu ditunaikan pun.

Memetik sumber, ahli parlimen PH menuduh kegagalan kerajaan meluluskan rang undang-undang mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma)berlaku apabila beberapa pemimpin Umno sendiri termasuk Datuk Seri Najib Razak tidak hadir untuk mengundi semalam.

Usul berkenaan gagal mendapat sokongan majoriti apabila undi pihak kerajaan – sebanyak 84 – diatasi undi menolak sebanyak 86.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker