RUU Antilompat Parti dibentang pada sidang khas Ramadan
Rang undang-undang (RUU) untuk menghalang wakil rakyat lompat parti akan dibentangkan dan dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada bulan Ramadan akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menerusi kenyataan media hari ini berkata, ketetapan tersebut dibuat dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) bersama Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bagi mewakil Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Agenda utama mesyuarat tersebut ialah berkenaan status pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan untuk menghalang tindakan melompat parti di kalangan wakil rakyat yang merupakan salah satu syarat utama dalam MOU Persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan PH.
“Perdana menteri telah memberikan komitmen bahawa RUU Pindaan Perlembagaan tersebut akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat melalui satu Persidangan Khas semasa bulan Ramadhan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Loke berkata, segala isu teknikal dan takrifan juga perlu diselesaikan jawatankuasa teknikal bipartisan dalam masa terdekat.
“Kami memberikan komitmen penuh bahawa PH akan memberi kerjasama untuk memastikan pindaan Perlembagaan tersebut dapat diluluskan dan melarang sebarang tindakan melompat parti,” kata Loke.
Sebelum ini, bekas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Putrajaya bahawa MOU itu akan “selesai dan ditamatkan”, jika RUU itu tidak dibentangkan seperti dijanjikan.
Semalam, Mohamad Sabu menggesa kerajaan membentang segera RUU itu di Parlimen atau dia dan ahli parlimen pembangkang akan turun ke jalan raya untuk mendesak Putrajaya berbuat demikian.
Ini kerana, katanya, kerajaan seperti tidak mempedulikan suara rakyat, sekiranya tiada gesaan seperti ribuan rakyat turun ke jalan raya.
Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, kabinet memutuskan RUU itu masih memerlukan “penelitian lanjut” melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain bagi memastikan pindaan itu mendapat sokongan di Dewan Rakyat.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cara Mudah Trace Semula Password
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa
You must be logged in to post a comment.